BTC USD 82,981.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

mcm2 la ko mudim
 
mh_03.1.jpg


Sebahagian daripada tahanan perhimpunan haram Bersih diberi layanan baik dengan penyediaan makanan oleh polis di Pulapol, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar ihsan PDRM
 
haha..newbies? 39 post sebagai post starter pastu cabut ke? haha.. come on TT.. tak reti lagi ke g web SPR pastu check IC orang tertua di MALAYSIA dan klon pengundi? rasa sendiri check,klu tak nampak pendek umur.. XD

camna pengundi hantu guna nama org tertua tu gi mengundi ... sebelum mati pengundi tertua tu ada mykad ke :-?
 
benda dah jadi pun TT. mesej sampai dan misi berjaya walaupun tahu SPR tak endah benda2 ni.. klu TT nak aman sgt, g turun KL skg ni.. DISCO2 semua dah stat operasi. :eek:

Itu je ke tujuannya?? Beramai ramai melawat KUALA LUMPUR,dan menyusahkan pihak berkuasa hanya untuk mempamerkan imej yang buruk untuk ditonton seluruh dunia? Perjuangan apa ni?
 
Wartawan Bernama Panik Disoal Siasat Polis

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Seorang wartawan Bernama berdepan dengan situasi cemas seketika apabila ditahan pihak berkuasa ketika bertugas membuat liputan perhimpunan haram di sekitar Masjid Jamek Sabtu.

Wartawan terbabit, Ahmad Muliady Ab. Majid yang ketika itu panik kerana tidak menyedari terbawa "bahan larangan", mematuhi arahan pihak polis untuk disoal siasat.

"Pada mulanya saya agak cemas apabila dipanggil oleh pegawai polis untuk disoal siasat kerana secara tidak sengaja membawa tali dan pakaian berwarna kuning dalam beg.

"Ini adalah pengalaman pertama saya membuat liputan perhimpunan haram dan rasa amat cemas. Namun setelah diterangkan oleh pegawai bertugas saya baru menyedari bahawa saya telah melakukan kesilapan membawa bersama barang itu," kata Ahmad Muliady, 35.



Menceritakan detik mencemaskan beliau itu, Ahmad Muliady berkata setelah disoal siasat selama 10 minit, polis akhirnya membebaskan beliau untuk kembali membuat liputan.

"Ini adalah pengalaman yang cukup bermakna bagi saya agar lebih peka ketika membuat liputan perhimpunan haram. Saya kagum dengan keprihatinan dan ketelitian polis dalam menjalankan tugas mereka," katanya.

Ahmad Muliady berkata pengalaman itu juga memberi kesedaran kepadanya bahawa perhimpunan haram membebankan semua pihak.

"Sikap mementingkan diri pihak penganjur perhimpunan haram hanya menyusahkan orang ramai hingga menyekat kebebasan warga ibu kota.



"Saya tidak boleh bayangkan apa bakal berlaku jika perhimpunan hari ini berlarutan mungkin kita tidak lagi bebas bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti yang kita nikmati hari ini," katanya.

Perhimpunan haram yang dirancang berlangsung di Masjid Jamek, KLCC, Dataran Merdeka, dan beberapa lokasi sekitar ibu kota gagal meraih sokongan orang ramai apabila sasaran penganjur perhimpunan, Bersih, sebuah badan tidak berdaftar, untuk mengumpul 100,000 penyokong tidak kesampaian apabila hanya 10,000 orang "turun padang" sehingga petang ini.



Sementara itu, beberapa wartawan turut menceritakan pengalaman terkena gas pemedih mata semasa penunjuk perasaan bertindak di luar kawalan.



Mohd Noor Firdaus Mohd Azil, 26, berkata beliau bersama wartawan Utusan Malaysia terperangkap di antara Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan kumpulan penunjuk perasaan dan tidak sempat melarikan diri daripada terkena gas pemedih mata.
 
PM Bersyukur Perhimpunan Haram Tidak Bawa Kesan Serius

KUALA TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri melahirkan rasa syukur perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara Sabtu tidak berakhir dengan kesan serius kepada rakyat dan juga harta benda.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga bersyukur kerana sebahagian besar rakyat khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang tidak menyertai perhimpunan haram itu, membuktikan mereka tidak menyokong demonstrasi jalanan.

"Mereka (yang tidak menyertai perhimpunan haram) merupakan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, dan mereka juga telah terima nasihat yang dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor dan juga kerajaan.

"Saya ingin ucap tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya dan saya berharap apa yang telah berlaku hari ini dijadikan iktibar kepada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud.

Perdana Menteri berkata kerajaan cuba mengelakkan kejadian sedemikian yang jelas menyusahkan dan mengganggu ketenteraman awam khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur daripada berlaku.

"Kita tawarkan sebuah stadium untuk adakan perhimpunan itu tapi malangnya saya amat kesal mereka telah tolak tawaran itu.

"Ini jelas menunjukkan niat dan tujuan mereka ialah untuk mendapatkan publisiti yang seluas-luasnya, sebab itulah mereka nak berarak juga di tengah-tengah bandar kerana mereka nak beri gambaran bahawa Malaysia tidak ada kestabilan politik dan mereka eksploit isu ini sebanyak mungkin," katanya.

Beliau berkata sekiranya apa yang dituntut adalah untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih, maka ia tidak berbeza sama sekali dengan kehendak kerajaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa bersikap terbuka dan sedia mendengar serta mempertimbangkan tuntutan munasabah pihak berkenaan namun tidak dengan cara demonstrasi jalanan.

Beliau menegaskan kerajaan sendiri sekiranya mahu mengadakan demonstrasi jalanan dengan senang dapat menghimpunkan tiga juta anggota Umno, namun apa akan jadi kepada negara sekiranya saban hari ada demonstrasi jalanan.

"Kalau Bersih boleh buat, kerajaan boleh buat, Umno boleh buat, pihak lain pun boleh buat, jadi di mana akan kesudahannya cara seperti ini? Pada akhirnya timbul keadaan huru-hara, merosakkan ekonomi dan keyakinan orang pada negara kita.

"Apakah ini yang kita kehendaki atau kita nak pertahankan apa yang kita telah warisi dan nikmati keadaan aman di mana kita boleh lakukan proses transformasi negara dengan baik?" soal beliau.

Ditanya kemungkinan akan ada lagi perhimpunan haram seperti itu pada masa akan datang, Najib berkata rakyat majoriti yang tidak mahu perkara seumpamanya berlaku perlu menyuarakan kehendak mereka.

"Jangan kita jadi 'silent majority' (majoriti pasif). Kita suarakan, kita buat bantahan dengan pelbagai cara untuk menunjukkan majoriti besar tidak boleh terima cara demokrasi jalanan ini sama sekali," katanya.
 
tak semestinya orang yang tinggal lembah klang tak turun demo tak sokong demo!
 
Back
Top
Log in Register