BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bersedekahlah....... Tapi berpada-pada...

kalo smpai masuk tv itu ini..cane pla?

biarkan soal sedekah orang bro..kalo niatnya betul supaya menjadi ikutan insyaAllah ganjaran pahala di sisi Allah.. (baca post#6)

yang penting jaga sedekah masing2.. ilmu bukan digunakan sebagai cermin nak ukur amalan orang lain.. ilmu digunakan untuk cermin amalan n cela diri sendiri..
 
ada jugak yg suka sgt bersedekah..tp bila famili memerlukan duit, dia x pernah nak bg, malah merungut lg adalah.
 
ilmu digunakan untuk cermin amalan n cela diri sendiri

Itulah yg terbaik... Tapi entahlah.... Tepuk dada tanya iman.....
 
tqvm.. ini yg masih aku amalkan..
 
Published: Isnin Jun 20, 2011 MYT 5:41:00 PM
Berpada-pada Dalam Bersedekah
Hadith:

HAKIM Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi.

Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara.

Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya."


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

Sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang tidak membuatkan kita ditimpa kesusahan akibat terlalu banyak memberi atau dengan perkataan lain pastikan masih ada sisa yang tinggal untuk kita meneruskan kehidupan.

Malah dalam bersedekah juga utamakanlah orang yang di bawah tanggungan kita terlebih dahulu daripada yang lain.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


terbaek bro...kalau kite ikhlas berbelanja utk keluarga,dikira sedekah juga...niat yg penting,insyllah...
 
tangan yg memberi itu lagi bgs dr tangan yg menerima
 
tqvm.. ini yg masih aku amalkan..

adakah jika kita bersedekah hari ini pastu sedekah seterusnya tu minggu dpan pulak atau bila kita rasa nak bg baru kt bagi..
adakah itu boleh dikira sbg amalan?
 
Back
Top
Log in Register