BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

berniaga vs makan gaji

gongbatu

Banned
Messages
719
Joined
Aug 15, 2010
Messages
719
Reaction score
16
Points
15
berniaga vs makan gaji
Posted on August 23, 2011 by admin
Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.
Antara kebaikan kerja makan gaji:-
Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
Berpeluang mendapat bonus tahunan
Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya
Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. Perniagaan kecil-kecilan adalah seperti menjual nasi lemak, cendol atau goreng pisang di gerai-gerai. (Awas! Walaupun dipanggil perniagaan kecil-kecilan, jangan pandang rendah terhadap mereka kerana pendapatan mereka berkemungkinan jauh lebih besar dari gaji bulanan anda!)
Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.
Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-
Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
Bisnes maju yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap boleh dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut. (boleh goyang kaki)
Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa.
Apa-apapun, keputusan sama ada nak makan gaji atau buat bisnes bergantung kepada anda sendiri. Bisnes kena bermula dengan minat. Sekiranya anda langsung tiada minat dalam bisnes, saya cadangkan anda makan gaji lagi bagus… Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, saya nasihatkan anda bertanyakan dulu dari orang yang pakar dalam bisnes tersebut. “Belajar dari yang Pakar” atau “Belajar Dari Pengalaman…” Orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang jatuh dan terus bangun semula… Sekian dari saya…

http://bahaniaga.com/
http://www.facebook.com/freehacking
 
konpius jugak aku artikel ni
 
Misteri sungguh ni.. :D
 
mmg legend uperny makan gaji dgn niaga upernya..
 
kalau berniaga atau makan gaji ni dah dikira historical etc..

so kiranya zaman sekarang 2011 nie apa trendnya nak dapat duit ??:-?:o~X(
 
Back
Top
Log in Register