BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berlumba guna khidmat bas, teksi

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohd Gadaffie (kiri) membunyikan hon sebagai gimik permulaan TFJR2015 di Galleria, KotaRaya.​

JOHOR BAHRU - Lebih 200 peserta membabitkan 76 kumpulan menyertai program Transit For Johor Race 2015 (TFJR2015) anjuran kali ketiga Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PPAJ), semalam.

Ketua Eksekutif PPAJ, Mohd Gadaffie Abd Aziz berkata, program berkonsepkan mencari harta karun itu memerlukan peserta menyelesaikan perlumbaan menggunakan pengangkutan awam sebagai mod utama perjalanan mereka.

Menurutnya, ia secara tidak langsung memupuk kesedaran tentang kepentingan penggunaan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian, sekali gus menyahut seruan kerajaan.

"Program bermula di Galleria, Kotaraya melalui JB Sentral, Taman Tampoi Utama, Taman Universiti dan berakhir di Komtar JBCC. Yuran penyertaan RM120 untuk satu pasukan terdiri daripada minimum dua orang dan maksimum empat orang.

"Hadiah ditawarkan ialah RM5,000 bagi pemenang tempat pertama, RM3,000 bagi pemenang tempat kedua, RM2,000 kepada pemenang tempat ketiga, dan 30 hadiah saguhati.

"Melalui program ini, ia mendidik dan memberi pendedahan kepada rakyat tentang perubahan industri pengangkutan awam khususnya di Johor," katanya selepas menyempurnakan pelepasan program itu di Galleria Kotaraya, semalam.

Mohd Gadaffie berkata, sempena program itu, pihaknya turut memperkenalkan penggunaan aplikasi mudah alih 'Transit For Johor' sebagai bantuan dalam merancang perjalanan peserta sepanjang program.

"Ia aplikasi mudah alih yang menggunakan perancang mudah perjalanan dan jangkaan masa ketibaan serta laluan bas di negeri ini, selain pengguna dapat memberi maklum balas kepada pihak kami," katanya.

Beliau berkata, program ini mendapat kerjasama Syarikat Pengangkutan Maju Berhad, Syarikat Handal Indah dan Kembara CT dan aplikasi tempahan MyTeksi.

"Sebagai menyokong usaha ini dan meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan awam, pengusaha bas dan MyTeksi bersetuju menyediakan perkhidmatan bas dan teksi percuma kepada peserta," katanya.
 
Back
Top
Log in Register