BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

' Berlian Berdarah '

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Naomi ada ‘berlian berdarah’

2010/05/22

THE HAGUE: Supermodel, Naomi Campbell, dijangka akan disepina Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana dipercayai menerima ‘berlian berdarah’ daripada seorang pemimpin diktator Afrika, kata sumber semalam.
pix_middle

NAOMI...enggan beri kerjasama. (Gambar kanan) Taylor bekas Presiden Liberia.

Menurutnya, pihak pendakwa mahkamah itu mempunyai bukti kukuh mengaitkan model kelahiran London itu dengan hadiah berupa sebutir permata daripada bekas Presiden Liberia, Charles Taylor, yang kini dibicarakan atas tuduhan melanggar hak asasi manusia.


Setakat ini Naomi, 40, enggan memberikan kerjasama dalam perbicaraan itu.


Baru-baru ini, dia bergegas meninggalkan temubual sebuah stesen televisyen sebaik saja ditanya mengenai isu berkenaan.


Hakim akan menentukan sama ada sepina akan dikeluarkan, sekali gus mengikat Naomi supaya hadir memberi keterangan di mahkamah.


“Kenyataan Naomi diperlukan kerana ada bukti dia menerima barangan itu daripada tertuduh pada September 1997,” kata pendakwa dalam usul difailkan kepada mahkamah.


Taylor, 62, mengaku tidak bersalah atas 11 tuduhan membunuh, merogol, menyeksa, mengamalkan perhambaan seksual dan mengerah kanak-kanak menjadi tentera ketika memerintah Liberia pada 1997 hingga 2003.


Ketika itu Liberia dan Sierra Leone menghadapi perang dan seramai 250,000 orang terbunuh dalam konflik berkenaan.


Pendakwa berkata, Taylor menyediakan senjata dan peluru kepada pemberontak Sierra Leone bagi meneruskan perang saudara.

Sebagai balasan, pemberontak menyerahkan berlian kepada Taylor.


Naomi dikatakan menerima hadiah daripada Taylor ketika mengadakan lawatan ke Afrika Selatan bagi menghadiri majlis makan malam dianjur Nelson Mandela.


Pendakwa turut mahu Mia Farrow memberi keterangan di mahkamah selepas aktres itu mengaku Naomi memberitahunya mengenai hadiah berkenaan. - Agensi
 
blood diamond.. bukan ada ke cerita pasal ni?

tak tgk pun hehe
 
Back
Top
Log in Register