BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berlaukkan ikan bilis setiap hari

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
image.jpg

Nornabiha dan Hamjah bersama tiga anak mereka hidup serba kekurangan sejak setahun lalu.

BATU PAHAT – “Tiada lauk lain, hanya ikan bilis hampir setiap hari. Itulah makanan harian kami selain hanya meneguk air kosong sahaja,” kata Nornabiha Md Samri, 33, yang menceritakan keperitan kehidupannya sekeluarga sejak setahun lalu.

Nornabiha berkata, kesukaran itu mula dirasai apabila suaminya, Hamjah Abd Rahman, 41, disahkan menghidap penyakit paru-paru berair, sakit jantung dan diabetes kronik pada awal tahun lalu.

Menurutnya, disebabkan penyakit berkenaan suaminya tidak lagi mampu mencari rezeki untuk mereka sekeluarga, akibat pergerakannya agak terbatas dan sering berasa cepat keletihan.

Katanya, cabaran hidup mereka turut diuji apabila perlu membesarkan ketiga-tiga anak iaitu Nur Cahaya Farisa Hamjah, sembilan bulan; Mohamad Mukhriz Rizki Hamjah, 4, dan Mohamad Fareez Farhan, 6.

“Pada mulanya suami disahkan hanya menghidap paru-paru berair, di mana ketika itu dia masih mampu bekerja namun setelah disahkan menghidap sakit jantung pergerakannya agak terbatas.

“Sejak disahkan menghidap sakit jantung dan kemudiannya diabetes kronik, dia tidak lagi bekerja. Selain mengadu sering letih, dia turut selalu sakit dada jika melakukan kerja berat,” katanya.

Menurut Nornabiha, sebelum ini suaminya bekerja di sebuah kilang di daerah ini dan setelah suaminya tidak bekerja setahun lalu, kehidupan mereka begitu mencabar sehinggakan ada kalanya mereka terpaksa mengikat perut.

Katanya, pernah juga dia cuba bekerja berhampiran kediamannya, namun terpaksa melupakannya kerana anak bongsunya yang baru berusia sembilan bulan itu memerlukannya sepanjang masa.

“Kini perbelanjaan harian kami bergantung sepenuhnya dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, bagaimana pun ia tidak mencukupi.

“Saya terlalu kasihankan yang kecil ini, ada kalanya minum susunya juga tidak teratur dan ia membuatkan saya sebak setiap kali memikirkan nasib kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, menurut Hamjah dia sayu dengan nasib mereka sekeluarga, terutamanya kepada tiga anaknya yang perlu mengharungi hidup seharian mereka dengan serba kekurangan.

“Kini saya hanya mampu berdoa setiap hari supaya saya dapat sembuh seperti sebelumnya untuk saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga” katanya.

Kepada orang ramai yang ingin hulur bantuan boleh salurkannya di akaun Bank Simpanan Nasional 0111729000360722 atau hubungi talian 017-7049581.
 
Dlm hal ni aku salahkan ketua kwsn..
Jkkk..tok ketua..org kg...org tmn..x kira la sapa...
 
akaun BSN dia ni atas nama suami dia, Hamjah Abd Rahman.
berita ni pun tak lengkap. nasib la bagi sekali nombor tel tu.
 
Back
Top
Log in Register