eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GEORGETOWN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang setiap bulan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bukan sekadar tidak bersyukur, malah tidak insaf kekurangan dirinya apabila melakukan jenayah pecah kereta di sekitar Pulau Tikus di sini.
Lebih mengharukan, lelaki berusia 27 tahun itu sanggup melakukan kerja jahat walaupun hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.
Kegiatan jenayah itu dipercayai dilakukan seorang diri menggunakan batu untuk memecah masuk kereta dan pemutar skru bagi mencuri pelbagai barangan berharga.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin, lelaki OKU terbabit ditahan selepas dipercayai memecah masuk dua kereta iaitu Perodua Kelisa dan Proton Wira di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, suspek yang berkerusi roda dan menerima bantuan RM150 sebulan daripada JKM, didakwa menghampiri dan meninjau ke dalam kereta untuk melihat barang berharga yang ditinggalkan pemiliknya sebelum memulakan ‘projek’ jahatnya.
Katanya, selepas mengenal pasti sasaran, OKU terbabit menggunakan batu untuk memecahkan cermin kenderaan sebelum membuka pintu serta memasukinya dan menggunakan pemutar skru bagi mengambil pemain cakera padat.
“Hasil pemeriksaan, polis menemui dua pemain cakera padat, satu alat pengimbang bunyi, dua pemutar skru, telefon bimbit, wang tunai dan pengecas bateri telefon bimbit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Tuanku Said dan Pegawai Perhubungan Media, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif.
Tun Hisan berkata, ketika siasatan, kedua-dua kereta yang dipecah suspek dikunci sempurna.
Beliau berkata, selain penerima bantuan JKM, semakan rekod suspek mendapati OKU terbabit masih bujang dan tinggal bersama kakaknya di Tanjung Bungah di sini.
Katanya, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau iaitu satu kes dadah mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua kes curi.
“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan iaitu mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
“Suspek direman sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut dan polis turut merampas kerusi rodanya sebagai bahan bukti,” katanya.