ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Azmi menunjukkan halaman rumah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis sayur-sayuran.
KOTA - Berkat minatnya bercucuk tanam di halaman rumah, seorang pesara Mardi di Kampung Chengkau Ulu, di sini, telah memenangi pertandingan e-porak peringkat daerah pada tahun lalu.
Azmi Husin, 62, berkata, halaman rumahnya kini dipenuhi dengan pelbagai jenis sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri mahupun dijual kepada penduduk sekitar.
"Ada cili, bayam, sawi, kangkung, kailan, fatt choy, salad dan lain-lain lagi ditanam di halaman rumah saya ini. Ada di antara benih sayur ini saya peroleh dari Jabatan Pertanian dan ada juga yang saya beli di Genting Highlands atau Cameron Highlands.
"Saya hanya menggunakan baja serta racun organik untuk sayur-sayuran ini dan inilah hasil jika kita berbakti kepada tanah," katanya yang turut menternak 30 ekor kambing dan 20 ekor lembu.
Azmi berkata, walaupun bertugas di bahagian pengurusan ketika di Mardi, namun minatnya bercucuk-tanam dan menternak haiwan timbul sejak kecil lagi.
"Selain menanam sayur-sayuran, saya juga menanam pokok roselle serta pokok-pokok herba seperti mahkota dewa, pecah beling dan lain-lain lagi untuk kegunaan sendiri atau dikongsi dengan penduduk lain.
"Dari halaman hadapan hinggalah ke belakang rumah, semuanya dipenuhi pokok-pokok tumbuhan dan kini saya dan isteri, Zahara Salleh, 56, sudah dapat menjimatkan perbelanjaan kerana mengusahakan sendiri tanaman ini," katanya.