combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,421
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 23,421
- Reaction score
- 321
- Points
- 141
Seramai 2,448,105 atau 86.45 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mula membayar balik pinjaman mereka setakat ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata daripada jumlah itu seramai 1,044,595 peminjam telah selesai membayar balik pinjaman mereka.
"Selain itu, seramai 585,638 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten dan tiada tunggakan bayaran manakala 817,872 peminjam membuat bayaran balik secara tidak konsisten dan mempunyai tunggakan," katanya.
Mustapha berkata 383,637 atau 13.55 peratus peminjam PTPTN tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman serta turut memaklumkan sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 4,108,625 pinjaman PTPTN telah diluluskan.
Mustapha berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai jumlah peminjam PTPTN yang tidak mempunyai tunggakan serta jumlah peminjam yang masih mempunyai tunggakan.