BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berita bonus raya minimum RM500 palsu

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
Bernama tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Hari Raya Puasa tahun ini, kata ketua pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong.

Berita palsu itu disiarkan Isnin lepas dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita "myMetro", untuk membuatkannya kelihatan sahih.

"Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu," katanya.

"Sementara Bernama sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ia bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalahguna," kata Yong.

Beliau berkata satu laporan polis akan dibuat hari ini.

- Bernama

jgn cpt percaya pd kabar angin...:)):))
 
sabar wahai pekerja goment sekalian,dh nk dekat PRU ni msti kerajaan bg duit raya gak.kalu tak bagi,abis lar..haha
 
akan ada utk sume gomen sekalian..jgn riso..plg lmbt semingu sblm raya akan ada berita baik... :)
 
bonus rm 500 memang takda,tapi ada dengar bonus 2 bulan gaji
 
Rasanya orang tu google bonus raya 2012.. keluar lak berita.. dia share la kt fb.. pdhl tu berita tahun lepas punya
 
Back
Top
Log in Register