BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beri ruang Najib bukti kebolehan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Raja Nong Chik (duduk, tengah) dan pemimpin Umno Lembah Pantai menyatakan sokongan terhadap Najib untuk terus menerajui kepimpinan negara sehingga PRU14.​

KUALA LUMPUR - Umno Lembah Pantai mahu presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak diberi ruang membuktikan keupayaan beliau dalam meraih sokongan rakyat pada pilihan raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib, bukan hanya dilihat menjejaskan imej perdana menteri tersebut, bahkan mampu menggoyangkan semangat jentera parti bagi menghadapi PRU nanti.

"Pada ketika beliau begitu fokus kepada pembangunan negara, sambil diuji serta diasak dengan serangan persepsi pembangkang, adalah tidak sepatutnya tumpuan itu diganggu gugat dengan mempersoalkan kepimpinannya di separuh jalan menuju PRU.

"Bila ada orang dalam yang memberi gangguan dan menyatakan sesuatu tidak baik akan berlaku pada PRU14, secara tidak langsung perkara itu boleh berlaku.

"Ia mampu melemahkan semangat jentera, dan akan membuatkan iklim ekonomi serta keyakinan menurun seterusnya menjejaskan prestasi pilihan raya. Seperti mana pada 2008, sedikit sebanyak beri kesan bila kritikan diberi kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu sebagai perdana menteri," katanya.

Raja Nong Chik berkata, perkara itu sepatutnya tidak ditimbulkan kerana pucuk pimpinan parti telah memutuskan mahu Najib memimpin parti sehingga PRU akan datang dan yakin BN mampu mempertahankan kemenangan dengan usaha keras yang dilaksanakan.

"Saya yakin jika beliau diberi peluang. Insya-ALLAH. Kita juga telah buat kajian simulasi... pada saya, tak mungkin BN akan kalah pada PRU akan datang. Cuma kini hanyalah, adakah kita boleh mempertingkatkan prestasi.

"Najib juga menggerakkan pelbagai program untuk mendapatkan sokongan rakyat termasuk dari segi Usahawan, untuk dasar ekonomi," katanya.
Beliau juga menyifatkan kritikan Mahathir adalah tidak wajar.

"Pendapat saya, apabila Mahathir kata BN akan kalah PRU, perlu letak jawatan dan sebagainya, ia seperti menjatuhkan maruah. Pada kepimpinan dulu pun ada macam-macam isu yang timbul tetapi pucuk pimpinan diberi peluang untuk jawab bila sampai masa.

"Kadang-kala bila isu pengurusan terutamanya melibatkan kewangan perlu diberi masa untuk selesaikan seperti mana ketika negara menghadapi krisis ekonomi dahulu," katanya.

Beliau dalam pada itu yakin Najib akan menjawab segala persoalan dan kritikan yang dibangkitkan Mahathir selain antaranya sudah jelas dengan keputusan mahkamah.

Beliau turut menyatakan pendirian untuk menyokong teguh kepimpinan Najib dalam membina negara bangsa.
 
apa giler diorang beramai2 komen pasal najib ni... komen mengangkat pulak tu...
 
Biarkanler.. Ni semua komen ada makna tu
 
ades.
dah b
o
do
tunjuk plak
b
odo

adoi...
 
Biasa la tu.. Kipas susah mati ni.. Kena sayang parti dari pemimpin.. Nak bertukar parti atau nak bertukar pemimpin.. Harap semua ahli umno pikir masa hadapan parti.. Kalau dah x mampu buat apa simpan lagi.. Kasi tukar la.. Adoiyai...
 
masa sebelum pilihanraya mintak beri peluang ni dah abis piliharaya suruh bg lagi peluang...peluang nak perabis duit ada laaa
 
hahaha... jilat laa juboq jibby tu hahaha...... lawak tul la... akai letak mne.. malu wehh anak branak tgk hahaha
 
Back
Top
Log in Register