BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bergelut dengan penyamun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


REMBAU – “Ketika kejadian, kami enam sekeluarga sedang nyenyak tidur sebelum salah seorang daripada tiga penyamun yang memasuki rumah kami tercuit suami (Ibrahim Zakarian, 50) saya dan berlaku pergelutan,” luah Zaidah Othman, 49, ketika ditemui di Pekan Rembau, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi kelmarin, Ibrahim yang juga Imam Surau Kampung Senama Tengah bengkak di bahagian kepala susulan bergelut dengan tiga penyamun selepas kediaman mereka di Kampung Senama Tengah dimasuki penyamun berkenaan.

Zaidah berkata, suaminya yang terkejut memukul penyamun berkenaan menggunakan kayu yang diletakkan di sebelah tempat tidur mereka, namun dengan pantas dua penyamun lagi membalas pukulan dan berlaku pergelutan sehingga kepala suaminya diketuk dengan kayu.

“Bila lihat penyamun bersenjata dan bertopengkan apron di dalam bilik saya, saya cepat-cepat berlindung di dalam selimut susulan ingin melindungi aurat saya serta bimbang dengan tindakan penyamun berkenaan.

“Bagaimanapun, saya merayu kepada penyamun berkenaan untuk melepaskan kami sekeluarga memandangkan kami tidak memiliki barangan berharga dan wang tunai yang banyak,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, penyamun berkenaan mengambil empat telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM400, seutas rantai leher dan dua jam tangan di mana keseluruhannya berjumlah RM4,000.

Katanya, penyamun bersenjatakan parang dan cota masuk ke dalam rumah mereka melalui tingkap di bahagian dapur rumah dan menjadikan apron sebagai topeng sebelum memasuki biliknya.

“Kami diikat dan dicampakkan di dalam sebuah bilik. Namun sebaik menyedari penyamun berkenaan sudah meninggalkan rumah, saya bergegas menghubungi pihak polis.

"Selepas itu suami saya pula mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Tampin (HT)," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/bergelut-dengan-penyamun-1.172724
 
nasib baik jugak tak kena libas parang
 
takziah la pakcik....

Rembau Most Wanted dah mengganas ni.
Tunggu la korang tok imam buat solat hajat nanti.....
 
respect dgn kakak ni..masih pentingkan aurat ketika musibah..
 
bahaya cam gini
 
Back
Top
Log in Register