BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bergaduh angkara bunyi hon kereta

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Gombak: Hanya kerana laluan masuk keretanya ke sebuah blok pangsapuri dihalang sebuah van, berlaku pergaduhan menyebabkan seorang lelaki cedera ketika cuba meleraikan pergaduhan itu, kelmarin.

Difahamkan, insiden terbabit berlaku ekoran tindakan seorang lelaki yang membunyikan hon beberapa kali menyebabkan pemilik van naik angin.


Sumber berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, lelaki berusia 35 tahun terbabit mahu pulang ke rumahnya di sebuah pangsapuri di Batu Caves, di sini, namun tidak dapat ke tempat letak kenderaan kerana laluan berkenaan dihalang sebuah van.

“Lelaki itu membunyikan hon beberapa kali dengan tujuan memanggil pemilik van mengalihkan kenderaanya.


“Namun, pemilik van berkenaan menghampiri kereta lelaki terbabit kerana dipercayai tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu lalu memarahinya,” katanya.


Menurut sumber, berlaku pertengkaran antara dua lelaki itu sebelum pemilik van terbabit mengambil parang dari dalam vannya.

“Malangnya, lelaki terbabit datang semula ke arah pemandu kereta itu dengan memegang sebilah parang dipercayai diambil dari dalam vannya.


“Seorang lelaki dipercayai rakan pemilik van yang cuba menghalang hayunan parang rakannya itu cedera di tangan kanan,” katanya.

Beliau berkata, akibat tindakan itu, mangsa mengalami kecederaan di tangan kanannya sebelum dibawa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.


Berikutan kejadian itu, pemandu kereta berkenaan membuat laporan di Balai Polis Selayang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bergaduhangkarabunyihonkereta/Article/index_html
 
da hlg kenderaan beging btl
lps tu ada parang.. mmng pymunnn
 
sabarla bro
sampai bawak parang.
 
dah la xbertimbang rase, nak parang org plak..
aduhai...
 
ish3, sampai berparang2... kalau kat arab saudi tu lagi kuat diorang main hon.. orang kite ni sensitif kan..?
 
Back
Top
Log in Register