ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Buruh ini mengaku tidak bersalah menyimpan sebuah motosikal curi di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan menyimpan motosikal curi.
Tertuduh, 28, dari Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik Ummu Sulim Mohd Kassim, 17, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang, kira-kira jam 1.40 pagi, 12 Jun lalu.
Dia yang juga seorang buruh itu mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
Sejurus pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, Rozianti menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan dia yang bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ini diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, kes penderaan melibatkan kanak-kanak itu masih disiasat dan suspek kini masih dalam tahanan reman bagi kes tersebut.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun melecur di tapak kaki selepas dipercayai didera teman lelaki ibunya dengan menekap tapak kaki mangsa pada ekzos motosikal.
Semasa suspek ditangkap di kediamannya susulan laporan diterima, polis turut menemui sebuah motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini turut berada di situ.