balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
BADRUL HISHAM bersama tiga orang rakannya dari Masai, Johor akan memulakan kayuhan sejauh 29,000 kilometer dari Sheffield, United Kingdom ke tanah air bermula pada hari ketiga Aidilfitri ini.
KUALA LUMPUR - Empat anak muda Malaysia yang mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti berbasikal berhasrat mencipta sejarah dengan berkayuh dari Sheffield, United Kingdom (UK) ke Malaysia bermula pada hari ketiga Aidilfitri nanti.
Ekspedisi mencabar itu yang meliputi perjalanan sejauh lebih 29,000 kilometer (km) akan merentasi 22 buah negara termasuk Perancis, Jerman, Itali, Turki, Pakistan, China dan dijangka mengambil masa selama 17 bulan.
Ketua ekspedisi berkenaan, Badrul Hisham Burhanuddin, 24, berkata, idea tersebut tercetus apabila dia yang juga pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Sheffield, UK berhasrat pulang ke rumahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan berbasikal.