BTC USD 82,816.2 Gold USD 4,091.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beraya dalam lokap

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
rag3_1559557444.jpg

LELAKI warga emas disamun tiga lelaki yang menaiki motosikal sebelum diseret beberapa meter di kawasan berhampiran Pasar Billion di Alor Setar. FOTO Ihsan Pembaca







TEMPOH reman terhadap empat suspek yang disyaki terbabit dengan kes ragut membabitkan lelaki warga emas berhampiran Pasar Billion, di Alor Setar disambung tujuh hari, bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan disyaki mempunyai beberapa kes lain yang berkaitan dengan suspek ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki warga emas cedera di lengan dan kaki selepas disamun tiga lelaki yang menaiki motosikal sebelum diseret beberapa meter di kawasan berhampiran Pasar Billion.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, Choo Tar Cheang, 66, mengayuh basikal sebelum dihampiri dua motosikal dan seorang daripada suspek merentap beg tangannya.

Lebih menyedihkan, Choo diseret sehingga seluarnya tertanggal. Mangsa kerugian RM300 akibat kehilangan beg tangannya dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.





sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/462300/beraya-dalam-lokap








Dasar penyamun...


LELAKI warga emas cedera di lengan dan kaki selepas disamun tiga lelaki yang menaiki motosikal sebelum diseret beberapa meter di kawasan berhampiran Pasar Billion di Alor Setar, pagi hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa Choo Tar Cheang, 66, mengayuh basikal sebelum dihampiri dua motosikal dan seorang daripada suspek merentap beg tangannya.

Lebih menyedihkan, Choo diseret sehingga seluarnya tertanggal. Mangsa kerugian RM300 akibat kehilangan beg tangannya dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa turut terseret beberapa meter selepas disamun suspek yang kemudian melarikan diri.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudian menerima rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis.

“Polis sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari dua rumah yang merakam kejadian itu.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.


sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/461072/dasar-penyamun-metrotv
 
teruk gak di seret


Last edited:
Gilos,sampai tanggal seluar.Binawe punya motor...tak der belas kesian lagi dah diorang ni...

Jenayah remaja ni mesti bagi rotan,mcm kat sekolah...kaw kaw rotan...
 
Last edited:
Org syok makan rendang hangpa makan la nasi kucing..padan muka
 
Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Seksyen 394 Dengan sengaja menyebabkan cedera masa melakukan rompak. Barang siapa melakukan rompak atau pada mencuba melakukan rompak, dgn sengaja menyebabkan cedera hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai dua puluh tahun, dan boleh dikenakan denda dan sebat. jika sabit kesalahan.
 
Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Seksyen 394 Dengan sengaja menyebabkan cedera masa melakukan rompak. Barang siapa melakukan rompak atau pada mencuba melakukan rompak, dgn sengaja menyebabkan cedera hendaklah disiksa dgn penjara selama tempoh yg boleh sampai dua puluh tahun, dan boleh dikenakan denda dan sebat. jika sabit kesalahan.

elok 10 sebatan...tgk serik ke tidak..
 
jauhi la dadah... ni yg lelaki, bila da ketagih xda duit nak beli dadah tu sanggup mencuri merompak. polis pun byk da jadi mcm ni.

kalau yg pompuan bila da ketagih dadah xde duit, sanggup jadi bohsia mat rempit.

tapi ada yg kena force drugged, terutama yg bersosial kat kelab malam, skali dua terus dia dah x tentu arah dan nak lagi.. patut dia jumpa doktor utk rawat ketagihan, bukan terus jumpa lelaki2 yg bagi dia dadah tu.. tu yg byk stok barai tu. spesis2 nismell kat instagram.
 
Back
Top
Log in Register