PROFIT RACER
Fun Poster
- Messages
- 325
- Joined
- May 20, 2011
- Messages
- 325
- Reaction score
- 1
- Points
- 15
Sebenarnya ramai cakap pasal 'Alhamdulillah bolehla untung sikit dalam memorex'...tapi itu soal untungnya, macammana loss nya? ramai org aku jumpa suka bercerita pasal keuntungan dia dlm memorex, tapi jarang bercerita pasal loss yg mungkin lebih byk dari keuntungan beliau...
(hiraukan golongan yg suka berbicara soal lossnya; dengan harapan jauh dalam sudut hati mengharapkan ungkapannya dianggap sebagai rendah diri, dan dicerna kontra dalam minda pendengarnya...)
berbalik pada isu yang nak aku bangkitkan, berapa ramaikah antara kita para2 trader yang betul2 gain dan maintain profit dalam memorex hasil daripada trading?
tambahan sebilangan dari kita yang bergelar 'FTT', cukupkah pendapatan anda dari hasil trading atau sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? kadang2 makan, kadang x makan?
dan yang paling menarik nak saya perkatakan; sumber inspirasi anda adalah sebilangan orang yang digelar sifu2, masta2 yang dianggap sangat berjaya dalam trading dan sentiasa menjadi panduan anda, agungan anda, role model anda dan sebagainya lagi...adakah sebilangan agungan anda ini selayaknya berada ditempatnya?...atau sekadar cerita dongeng yg dikarya dan diolah dengan baik demi kepentingan diri mereka sendiri?
adakah anda betul2 pasti dan yakin dengan jalan yang anda ambil, walaupun ianya perlukan beribu pengorbanan? adakah betul jalan FTT yang anda pilih betul2 bakal membuahkan hasil walaupun perjalanannya memakan masa bertahun2...? adakah jalan pilihan anda ini bukan didorong oleh sifat malas dalam diri anda? adakah anda yakin....?
DAN....adakah benar sifu2 atau masta2 pujaan hatimu, yang menjadi impianmu untuk bersama2nya dipuncak kekayaannya; kehebatannya memperaga dirinya, kehebatannya dalam berTRADING...adakah ianya benar?
Atau...ia hanya sekadar hasil dari kelas pengajaran dan komisyen program affiliate??????? yang berjaya disamarkan, dan dibutakan dari penglihatan anda demi untuk mencambahkan keghairahan anda dalam meleburkan wang2 anda...
fikir2kan......
bukan untuk semua tapi untuk sebilangan....
sometimes it happen, but sometimes it not....
maybe i am wrong, maybe u are wrong...
Salam Aidilfitri, MAAF Zahir dan Batin..
Regards,
Dari PTT ( ex-FTT )
Nasihat saya, kepada yang betul2 belum yakin, belum ada teknik konkrit, belum lagi mampu maintain profit bulanan...tolonglah, jangan bergelumang dulu sebagai FTT....jadikan forex sebagai Part Time dahulu...saya sendiri dah mengalami, sahabat2 trader saya ramai yg dah alami, dan ramai yang dah saya dengari...betapa forex dah banyak membunuh kehidupan kita...jangan perjudikan nasib kehidupan anda dalam forex...fikir2kan sebelum terlewat...TQ dan mintak maaf banyak2 atas teguran ini...
err minggu lepas teman berhenti sbg project manager..hari nie teman mulakan sbg FTT kali ke 2..
pendapat tuan benar, cuma cara trade tuan ado mslh..dulu teman LOSS disebabkan depo yg besar dgn harapan ratio popit yg tinggi dgn trade lot2 yg kecik kononnya menjaga MM..lastly float..trade..float..buat hutang..trade float..buat hutang..hutang lagi..TOTAL lOSS in the end
....kesilapan itu menyebabkan teman LOSS money dan time tersgt besar..dan bebanan LOSS dan hutang menyebabkan teman bekerja semula utk cover hutang dan LOSS yg lalu..teman benar2 seumpama hamba yg tidak bergaji kerna melangsaikan hutang yg byk
dlm tempoh 4 tahun itu teman hanya mampu membuka acc kecik (depo usd50.00) utk trade forex..Kadang2 popit...kadang2 LOSS..teman masih ingat dan akan ingat selamanya bila kali pertama dlm sejarah trading teman w/d usd150.00 hasil acc kecik teman kerna betul2 terdesak membayar hutang..dan teman mula semula trade dgn balance usd50.00..
Sejak akhir2 nih..byk rahsia2 yg tersembunyi dpt teman kesan semasa teman trade terus-menerus 20jam di depan chart selama 2 bulan..sehingga mental teman damage..akhirnya
Pembimbing teman membongkar rahsia-rahsia waktu NEWS,Non-News,SL,TP,Rahsia Kecacatan Fibonacci,Rahsia Indicators,Rahsia PAIR..dll..dan Rahsia terbesar adalah RAHSIA AKAUN AMAUN KECIL..
Doakan semoga teman sukses semula sbg FTT kali ke 2 dgn bantuan pembimbing teman (tukangFX)..Hanya setapak yg tertinggal..
p/s: tukangFX hanya membuka rahsia setelah airmata teman terkeluar
'Stop Loss Appears When Performing The Next Positions.....' tukangFX
