jap saya cuba fahamkan .
klu kita beli 1000 unit saham seharga RM 10 setiap unit pd 1 ogos . dan pd 15 ogos harga saham menjadi RM 12 . so kita jual pd 15 ogos tersebut dan untung RM 2000 . camtu ke ?
RM2000 tu untung kasar. kena tolak (a) brokerage 0.3% (b) clearing fees 0.03% (c) stamp duty RM1 setiap RM1000 kontrak
klu kita beli 1000 unit saham seharga RM 10 setiap unit pd 1 ogos dan pada 15 ogos harga saham menjadi RM 8 . so camne pun kita kene jual pd 15 ogos tu dan rugi RM 2000 kan . tp klu taknak jual , kita kene bayar cash RM 2000 utk hold buy tersebut ye ?
kalau tak nak jual kena bayar jumlah yg di beli RM10,000 (1000 x RM10) + brokerage + clearing fees + stamp duty.
kalau jual kena bayar rugi RM2000 + brokerage + clearing fees + stamp duty.
bro ada sebut yg dia akan tolak dari modal kan klu taknak bayar cash . yg saya kurang faham , camne modal ada 5k dan kita beli saham senilai 10k . stock market ada leverage gak ke ?
broker saham ada offer margin akaun tapi leverage tak ler setinggi online forex market. cuma antara 1:2 ke 1:4 sahaja. jadi kalau masih ada balance dalam akaun margin tu broker akan tolak dari akaun tu. kalau online forex kita kena depo cash tapi utk stock market kita boleh depo cash dan juga saham yg telah dibayar.
dlm stock , kita takleh beli dan hold bertahun tahun ye bro . mmg jangka masa T+10 tu je yg berlaku ye .
Yg seeloknya stock market ni hold medium to long term. T+10 tu utk short term trading ... contra dalam masa 10 trading days.
maaf baru nak berjinak dlm memahami trading stock . sebelum ni tumpu pd forex je .