balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
WAN JAAPAR (berdiri, kanan) menasihati seorang lelaki (kanan) kerana makan secara terbuka semasa pemeriksaan di kantin TBS, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Padah kerana tidak menghormati bulan Ramadan, lima lelaki termasuk seorang warga Bangladesh diberi surat perintah hadir selepas pemeriksaan ke atas sebuah kantin di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, empat daripada mereka diperiksa kerana makan di tempat awam manakala warga Bangladesh berkenaan dikesan menjual makanan kepada orang Islam pada pukul 11 pagi semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm