BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berang kereta ditunda MPPP

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kereta yang ditunda penguatkuasa MPPP. - Foto Sinar Harian
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Seorang peniaga barangan eletrik bertindak menghalang tiga anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada menjalankan tugas kerana tidak dapat menerima hakikat keretanya ditunda, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.24 tengah hari itu, pemandu trak tunda MPPP bersama dua orang pegawai penguat kuasa MPPP menunda kereta jenis Satria milik suspek dekat perhentian bas di Jalan Chulia, di sini.

Menurutnya, semasa pemandu trak MPPP duduk di bahagian pemandu, tiba-tiba datang suspek dan membuka pintu trak lalu mengambil kunci trak.

"Pemandu trak MPPP terus turun dari trak dan lalu suspek dipercayai terus menumbuk muka pemandu bertubi-tubi.

"Berdasarkan laporan pemandu trak, dia terpaksa membalas dengan menumbuk sekali di bahagian rusuk suspek untuk mempertahankan diri dan menyebabkan suspek terjatuh di atas jalan dan kepalanya berdarah. Manakala, dua penguat kuasa MPPP bertugas, yang berada di situ meleraikan pergelutan itu antara suspek," katanya.

Dalam pada itu, Mior Faridalatrash suspek juga membuat laporan di Balai Central bahawa dia dipukul oleh tiga penguat kuasa MPPP sehingga dia terjatuh.

"Suspek mengadu dia dipukul sehingga mengalami kecederaan di kening sebelah kiri dan calar sikit di leher dan calar sikit dilutut," katanya.

Justeru itu, beliau berkata suspek bagi kes itu akan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
 
huhu

polis kena siasat ni dimana kejadian berlaku...di lori mppp ka atau di keretanya ka...hahaha..kesian pegawai mppp tu
 
kalo ikut pemandu..die sorg yg tumbuk..tu pon skali je..mmg power ar sbb smpai jatuh..tp saspek lak report kene pukul ngan 3 org..

polis..siasat btol2..kalo saspek tipu..charge la skali bg maklumat palsu..dgn niat sengaja...
 
Back
Top
Log in Register