BTC USD 83,909.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bengkel Kereta/Tayar PENIPU

kalo keta kancil..naper x pergi kat perodua service jer...gerenti diorang tak leh tipu..sebab dah siap letak harga

perodua service pn ade gak buruknyer..
harga ori la katakn..
pastu buat keja mcm nak x nak jer..
 
Cuba bertukar ke bengkel milik orang melayu Islam.

Asmaa Car spare part
Lot 1 & 2, Jalan Perdana 3/10,
Batu 16, Jalan Kuala Selangor,
47000 Sungai Buloh,
Selangor,

Pegi ke sini utk ke bengkel orang melayu Islam: http://www.asmaa.carsparepart.com
 
mmg payah nak cari bengkel melayu..tq for the info...pasni aku taknak gi bengkel cina....melainkan kalau kwn2 rekemen kan...
 
Cuba bertukar ke bengkel milik orang melayu Islam.

Asmaa Car spare part
Lot 1 & 2, Jalan Perdana 3/10,
Batu 16, Jalan Kuala Selangor,
47000 Sungai Buloh,
Selangor,

Pegi ke sini utk ke bengkel orang melayu Islam: http://www.asmaa.carsparepart.com

mcm best jerk bengkel nie:)paid
nsb ler jauh dri kwsan,
kalo x aku dh rekemen kt kwn
 
esok lusa pergi la lagi ......

org kita tak serik2 .... dah tau cha tu penipu .... pegi juga ...
 
memang baguih ko citer kat sini
celaker punyer tuan punyer kedaiiiiii!!
 
tak yah singgah kedai camni.. thanks tuan tanah..
 
erm... korang semua kan rajin layan forum...masuk jer forum kete... pastu tanya kat member2 dlm tu... kat mana bengkel yg ok n jujur... nanti ramai laa yg duk rekemen... dah ada intenet ni senang... kita leh dpt info mcm2...nak tanya pasal harga part kete... harga upah... cara nak repair... cara nak tahu part rosak atau tak...pendek kata mcm2 leh tahu... bila dah tahu... susah laa nak kena tipu... pada aku laa... xkira bangsa n agama...kalo dah tamak... memang semua org dia tipu...
 
Orang Melayu Islam bukan tak mau atau tak reti bukak bengkel. Habis, macamana nak bisnes bengkel kalau pihak kerajaan UMNO-BN sendiri yg runtuhkan bengkel tu.

Kes berlaku di Selangor pada 16 Mei 2006:

Debu simen dan habuk batu menusuk mata, menambahkan kepedihan. Hasil tulang putih dan titis peluh menjadi sia-sia, masa depan menjadi kabur. Rayuan dan rintihan seperti merempat di bumi sendiri, tidak diendahkan lagi. Semua hancur lebur sekelip mata dimamah dan diratah tangan penguatkuasa.
Iklan

Baju dan buku sekolah anak-anak bertebaran entah ke mana. Dokumen penting, perabot, perkakas bengkel dan rumah berselerakan, bertaburan di atas tanah. Jentolak tak bermata dan penguatkuasa tanpa jiwa, terus mengasak, mengeledah, memecah dinding dan meranapkan atap laksana guruh berdentum menyambar telinga.

Maka tanggal 16 Mei, petang Selasa, sebuah perniagaan francais bengkel kereta milik bumiputra di Lembah Klang tersungkur menyembah bumi Allah. Unida Jaya Trading 'dikuburkan' dan 'disemadikan' di Jalan Bukit Belachan, dekat Taman Kosas, Ampang. Tanpa sebarang kain kapan dan tertib sopan, upacara 'pengebumian' itu disempurnakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kekuatan hampir 70 anggota termasuk pegawai dengan menggunakan jentolak, trak tunda, dua buah trak dan turut membantu lima orang anggota polis untuk mengawal keadaan dan kesesakan lalu lintas.

Sambil berlinangan, pemiliknya, Gusti Aida Adnan mengetap bibir bersuara "apalah dosa saya dan keluarga sehingga dihina sedemikian rupa, tiada langsung timbang rasa." Mengimbau kenangan lebih 10 tahun yang lalu, beliau bersara awal setelah menyumbangkan khidmat hampir 20 tahun dalam jabatan kerajaan, Mara dan UDA untuk memulakan perniagaan bengkel kereta.

Bermula dari stor menyimpan barang akhirnya tertegak sebuah bengkel kereta dan juga tempat tinggal beliau seisi keluarga di atas tanah sementara milik kerajaan (TOL) yang dibayar sewanya RM100 setiap tahun kepada Pejabat Tanah Hulu Langat. Sempat bergurau sinis, beliau berkata, "Bengkel itu dibina pada tahun 1989, masa itu MPAJ belum lahir lagi."

Demi menyahut seruan kerajaan untuk meningkat taraf ekonomi Bumiputra di bawah DEB, beliau kemudiannya menyertai program francais tajaan Jabatan Perdana Menteri pada 19 Julai 1993.

Tahun berikutnya dengan surat sokongan Unit Penyelaras dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Dato' Syed Alwi selaku Ketua Pengarah, beliau diberi kepercayaan syarikat tayar terkenal Goodyear untuk menjalankan perniagaan francais bengkel kereta.

Berkat usaha gigih keluarga, bengkel ini menjadi terkenal di mata masyarakat setempat. Dengan perkhidmatan yang baik dan memuaskan kehendak pelangan sehinggakan menteri besar yang lalu, ahli-ahli politik dan wakil rakyat memberi sokongan supaya perniagaan ini dimajukan sambil memberi jaminan ia tidak akan dipindahkan walaupun diduduki atas tanah sementara.

Perniagaan ini berkembang sehingga dinaikkan taraf satu tingkat dan keluasannya pula mencecah 10,000 kaki persegi. Di tingkat atas dibina asrama dan kantin kecil untuk pekerja dan para pelatih yang menjalani latihan praktikal di sini. Dibelakang bengkel ini terletak surau kecil dan rumah Gusti seisi keluarga.

Betapa besar hati mereka, melapangkan tangan menerima pelatih muda Bumiputra. Inilah bengkel yang menajamkan pengetahuan anak-anak muda Melayu daripada Politeknik, Institut Kemahiran Mara, Latihan Industri Automatif dan Pusat Giat Mara berkaitan teknikal dan membaikpulih kereta.

Setiap tiga bulan sekali, pelatihnya silih berganti untuk memberi laluan kepada pelatih baru yang datang dari pelbagai pelusuk daerah.

Yakin bahawa rezeki daripada tuhan dan mahu membahagikan hasil, beliau sering memberi imbuhan kepada pelatih ini untuk sara hidup mereka termasuk kakitangannya yang berjumlah enam orang.

"Saya rasa seronok dan puas membantu anak bangsa sendiri," kata Gusti Aida. Namun, surat bertarikh 3 Jun 2005 merentap jiwanya serta meluluh isi hatinya yang ceria, memerintahkan beliau seisi keluarga berpindah dan mengosong tanah tersebut dengan segera untuk memberi laluan kepada projek 'water front'yang bakal dibangunkan pemaju hasil usahasama dengan MPAJ.

Rupanya perancangan DEB yang ingin melonjak taraf kehidupan dan meluaskan perniagaan Bumiputra gagal dan terkubur apabila kehendak komersial dan keuntungan untuk pihak yang berkepentingan mengatasi segala-galanya.

Walaupun kecewa, beliau tidak berputus asa lantas memohon satu injuksi mahkamah agar menghalang mana-mana pihak merobohkan premis perniagaan dan tempat tinggalnya. Ia diperolehi tetapi tidak bertahan lama.

Di samping itu pelbagai ugutan daripada orang tidak dikenali memaksa beliau berpindah. Tidak berdiam diri, beliau melaporkan kepada pihak polis.

Surat-surat rayuan dikepilkan menteri besar, ahli politik dan wakil rakyat kawasan yang menabur pelbagai janji manis kepadanya dan janji-janji itu akhirnya terselit di celah bengkel yang runtuh.

Pagi 15 Mei 2006, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan sebaliknya dan secepat kilat muncul pihak MPAJ di hadapan bengkel tersebut untuk menjalankan tanggungjawabnya. Begitu pantas dan bersungguh-sungguh untuk 'membenam' perniagaan Melayu ini seolah-olah keesokan hari ingin dipacak cerucuk besi membina bangunan baru.

Rupanya, surat rayuan bertarikh 11 Mei 2006 memohon agar premis tidak dirobohkan yang dituju kepada Perdana Menteri, menteri Sharizat Jalil dan sembilan menteri kabinet tidak dapat membantu apa-apa. Apatah lagi wakil rakyat kawasan, Ismail Bin Kijo langsung tidak menjenguk masalah rakyat kawasannya.

Permintaan, rintihan dan tangisan Gusti tidak mampu melembutkan hati nurani MPAJ. "Tolonglah, beri saya masa," kata Gusti. "Tak boleh, tak boleh. Saya ikut arahan," kata ketua operasi MPAJ tegas bertindak mengikut peraturan-peraturan perlu (pembersihan setinggan-setinggan) 1969.

Setelah hilang sabar terpacul di mulut suami Gusti, Haji Yanizar, "pindah babii pun diberi masa, inikan pula manusia, takkan tak ada hati perut."

Kekecohan berlanjutan sehinggalah ditenangkan pihak polis. Tanpa berlengah MPAJ bertindak memunggah barang dan melambakkan di luar premis, memudahkan jentolak meranapkan seluruh bangunan.

Dalam suasana tragik itu, kelihatan pengumpul besi memenuhi sekeliling bangunan, laksana helang menantikan 'bangkai besi' yang bertaburan dan sehingga coretan ini ditulis, mereka masih lagi 'berpesta ria' hingga larut malam memungut hasil rezeki. Kini, Gusti, suami serta empat orang anaknya menumpang teduh di Taman Permata di rumah rakan yang bersimpati. Pelaburan berjuta hilang begitu saja.

"Masa depan gelap untuk digambarkan dan saya serah pada Allah untuk tentukan. "Semoga tuhan mengabulkan doa saya dan keluarga," ujarnya menahan sebak.

Maka pada malam itu, sebuah negeri yang makmur, langit menjadi bumbung dan bumi menjadi hamparan, sebuah lagi keluarga tidak dapat tidur ...

Sumber berita? Carik sendiri kat internet.
 
Back
Top
Log in Register