ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
BKM sasar jual 4,750 unit menerusi jenama Benelli dan Keeway tahun ini. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
BENELLI KeewayMotorcycles Sdn Bhd (BKM) menerusi jenama Benelli dan Keeway optimis mengukuhkan kedudukan jenama itu di pasaran tempatan setanding jenama antarabangsa.
BKM ditubuhkan pada 2010 dan hanya berada di Malaysia sejak dua tahun lalu dengan membawa jenama Benelli dan Keeway.
Pengurus Kanan Pemasaran, Komunikasi dan Perhubungan Luar BKM, Wan Najib Wan Daud berkata, pihaknya akan berusaha untuk terus mengukuhkan rangkaian pengedar dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai jenama syarikatnya.
“Kami ingin memberi kesedaran dan mengubah persepsi orang ramai bahawa tidak semua produk China tidak berkualiti.
“Jenama kami sudah dikenali cuma masih ramai yang kurang yakin dengan produk ini,” katanya kepada Sinar Harian di Pusat Pameran Dan Servis di Jalan Ipoh Kuala Lumpur,baru-baru ini.
Menurutnya, pengguna tidak perlu risau mengenai alat ganti jenama BKM kerana ia mudah diperoleh menerusi pengedar yang berada di seluruh negara.
Katanya, BKM juga dalam proses rundingan dengan syarikat tempatan untuk membuat komponen tempatan.
Wan Najib berkata, sejak dua tahun lalu beroperasi, BKM kini mempunyai hampir 60 pengedar termasuk di Sarawak.
“BKM hanya akan memasuki pasaran Sabah pada Mei atau Jun tahun ini, sekali gus menyasarkan untuk menambah sekurang-kurangnya 40 pengedar lagi menjelang akhir tahun ini, “ katanya.
Sementara itu, mengulas berhubung sambutan jenama itu di Malaysia,Wan Najib berkata, BKM menjual 3,120 unit pada 2013 dan menyasarkan untuk menjual 4, 750 unit sepanjang tahun ini.
Katanya, BKM mempunyai tujuh model motosikal, yang mana empat menerusi jenama Benelli dan tiga Keeway,dijual dengan harga serendah RM6, 999 sehingga RM79, 999 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Benelli adalah jenama Itali yang sudah dikenali sejak lebih 100 tahun lalu dan dibeli oleh syarikat berkaitan kerajaan di China.
BKM turut mempunyai kilang di Bukit Beruntung, Selangor menerusi semi pemasangan tempatan (semi CKD) dengan jumlah pengeluaran 50 hingga 60 unit sehari untuk semua model.