BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benelli Keeway dah tutup? Ganti Benelli Malaysia???

mutanic

Super Active Member
Messages
5,538
Joined
May 24, 2009
Messages
5,538
Reaction score
213
Points
73
Salam sume, semalam aku pi Jalan Ipoh kat KL, ingat nak singgah showroom Benelli, sekali sampai tengok2 dah tutup, ada memo kat pintu mention kalu ada apa2 sila berhubung ngan MForce Sdn Bhd.

MForce tu bkn distributor SYM & Kymco ka? Pastu URL website Benelli.Keeway Malaysia dah split content yang akan direct ke malaysia.benelli.com & malaysia.keeway.com. Dah berpecah kot...:-?
 
Mforce tu ada baca berita jadi distributor untuk benelli..

Jadi rasanya keeway dah bungkus..
 
dorg lantik pengedar baru. mforce
 
Benelli lantik Mforce Bike Holdings jadi pengedar baharu di Malaysia

Pengeluar jentera dua roda dari Itali, Benelli mengumumkan pelantikan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd sebagai pengedar baru jenama itu untuk pasaran Malaysia bermula 1 Februari 2017. Dengan pelantikan berkenaan, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar, dan membekalkan perkhidmatan lepas jualan, termasuk alat ganti bagi produk Benelli untuk pelanggan di sini.

Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings, Asri Ahmad menjelaskan, pelanggan dan pemilik Benelli sedia ada tidak perlu gusar kerana mereka tetap akan menerima manfaat serta khidmat yang sama seperti sebelum ini. Semua Pusat Servis Mforce Bike di Malaysia juga akan memberikan sokongan perkhidmatan lepas jualan dan servis lengkap kepada semua motosikal Benelli yang terjual sebelum ini, bermula bulan Mac nanti.

Lanjutan daripada perkembangan ini, Mforce Bike turut merancang untuk menambah kepelbagaian terhadap penawaran model-model Benelli yang dijual di Malaysia. Antara yang sedang diberi perhatian dan dipertimbangkan ialah model-model seperti Leoncino 500, 302R dan TRK 502.

Selain motosikal berkuasa tinggi, Mforce Bike juga akan memperkenalkan buat pertama kalinya moped Benelli dalam bulan April 2017 nanti. Dengan kapasiti enjin 150cc yang baru, ia mematuhi tahap piawaian Europah, dilengkapi dengan ciri-ciri utama seperti suntikan bahan api, gear enam-kelajuan dan sistem penyejukan cecair.

Pengedar baru Benelli ini juga berharap agar kelab-kelab motosikal Benelli sedia dapat menghubungi ibu pejabat di talian 04-5541777 untuk sebarang pertanyaan, serta bagi penglibatan bersama di dalam program-program yang akan dirancang bersama-sama pelanggan kelak.


https://paultan.org/2017/02/06/benelli-lantik-mforce-bike-holdings-jadi-pengedar-baharu-di-malaysia/
 
Ooooo fatut la..nampak tutup jer. ingatkan dah gulung tikar..
 
melayu punya weh. semoga berjaya lawan cina dap hong leong dan cina mca boon siew
 
aku tgk bungkus hbis kedai2 motor gara2 ekonomi merudum.
 
Back
Top
Log in Register