BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bendera terbalik di Johor. Bendera Johor pun terbalik.

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201


Bendera Malaysia dan Negeri Johor dipasang terbalik dekat sebuah premis di Kulai, Johor.

Sumber ➡️ Media sosial
 
14295585281637557-418227.jpg

14295585281637557-418228.jpg

14295585281637557-418229.jpg

14295585281637557-418230.jpg

14295585281637557-418231.jpg

14295585281637557-418232.jpg

14295585281637557-418233.jpg


KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ HAJI MOHD JAFNI BIN MD SHUKOR
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

ISU PEMASANGAN JALUR GEMILANG TERBALIK: KERAJAAN NEGERI TIDAK AKAN BERKOMPROMI

Saya memandang amat serius kejadian pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis perindustrian dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKU). Saya kesal dan kecewa dengan kecuaian serta tindakan tidak bertanggungjawab ini kerana Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai bendera, tetapi lambang kedaulatan, maruah dan identiti negara.

Perkara seperti ini tidak boleh dianggap remeh, tidak boleh dinormalisasikan dan tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa tindakan.

Sehubungan itu, MPKU telah mengambil tindakan menutup sementara premis berkenaan sehingga pihak syarikat tampil memberikan penjelasan serta melengkapkan perakuan Aku Janji. Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik itu juga telah diperbetulkan dengan serta-merta.

Pegawai Daerah Kulai Pejabat Daerah Kulai turut mengambil tindakan susulan dan menyelaras perkara ini bersama MPKU serta agensi berkaitan bagi memastikan tindakan yang sewajarnya dilaksanakan dengan segera dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan, manakala pengarah syarikat berkenaan akan dipanggil dengan kadar segera untuk memberikan penjelasan. Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau syarat yang berkuat kuasa, tindakan selanjutnya mesti diambil tanpa pilih kasih.


Saya mahu memberikan peringatan tegas kepada semua pemilik premis, syarikat dan pihak industri di Negeri Johor: hormatilah Jalur Gemilang. Pastikan setiap pemasangan dibuat dengan betul dan penuh rasa tanggungjawab. Alasan kecuaian tidak boleh dijadikan alasan untuk memandang ringan penghormatan terhadap simbol kedaulatan negara.

Kerajaan Negeri Johor tidak akan berkompromi dalam soal penghormatan terhadap Jalur Gemilang. Kita akan menunggu hasil siasatan bagi menentukan punca dan tanggungjawab pihak terlibat, namun prinsip kita jelas — maruah negara mesti dipelihara, Jalur Gemilang mesti dihormati dan undang-undang mesti ditegakkan.

YB DATO’ HAJI MOHD JAFNI BIN MD SHUKOR
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor
 
Kilang di Kulai diarah tutup pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik


KULAI – Sebuah premis perindustrian di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) diarah tutup sementara selepas didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik.

Arahan penutupan itu dibuat sehingga pihak syarikat tampil memberikan penjelasan dan melengkapkan perakuan Aku Janji berhubung kesalahan pemasangan bendera.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik itu diperbetul dengan serta-merta.

“MPKU mengambil tindakan menutup sementara premis berkenaan sehingga pihak syarikat tampil memberikan penjelasan dan melengkapkan perakuan Aku Janji.

“Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan, manakala pengarah syarikat akan dipanggil dengan segera untuk memberikan penjelasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan penutupan premis itu dibuat mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2019 yang diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Katanya, ia termasuk UUK 49(2) berkaitan kuasa menutup premis dan UUK 45(1) berkaitan pengibaran bendera.

“Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau syarat, tindakan mesti diambil tanpa pilih kasih,” katanya.

Mohd. Jafni berkata, kerajaan negeri memandang serius kesalahan itu kerana Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, sebaliknya lambang kedaulatan, maruah dan identiti negara.

Beliau menegaskan, perkara itu tidak boleh dianggap remeh atau dinormalisasikan dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal penghormatan terhadap Jalur Gemilang.-KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
asal bulan merdeka jerk akan ade isu bendera terbalik..... pasni kene tukar rupe bendera la... wat cam bendera bangladesh or jepun..... tunggang terbalik pun tetap sama
 
ini nampaknya memang sengaja pasang terbalik.

tak mungkin lepas pasang tak check betul2
 
Back
Top
Log in Register