leh cayer ke niiii....
Kerajaan tidak pinggirkan institusi pondok - PM
ALOR STAR 16 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan sistem pendidikan di sekolah pondok malah sentiasa menggalakkan umat Islam menuntut ilmu.
Perdana Menteri berkata selagi sistem pendidikan itu tidak bercanggah dengan Islam maka ia tetap digalakkan kerana umat Islam perlu sentiasa belajar untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kecemerlangan mereka.
Berucap pada majlis kenduri kampung dan penyerahan kunci Pondok Haji Ahmad di Bukit Pinang dekat sini hari ini, Abdullah berkata, apa yang lebih penting ialah umat Islam sentiasa menguasai ilmu.
Katanya, umat Islam tidak boleh terlalu bermegah dengan keagungan umat Islam di zaman silam kerana keagungan itu akan hilang jika umat Islam gagal menguasai ilmu.
Abdullah berkata, tanpa kekuatan ilmu, umat Islam akan rugi dan mundur dalam segala bidang.