ni sesuai utk golongan yang prasan masuk syurga.. hehe

)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan)
seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?
Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda)
dan serangan penyakit
serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:
Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
[al-Baqaran:214]
see? rasul2 dan orang beriman pun kena uji sampai nak "
runtuh iman"..
ni kan pula nkorang, bersenang lenang pastu boleh prasan masuk syurga...
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka
maka (dengan ujian sedemikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami?
Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
[Al-’Ankabut:2-4]
nampak? ingat masuk syurga semudah yang nkorang sangka ker?
siapa yang jadi hamba ni? nkorang ingat Allah tu hamba nkorang ker?

)
so.. inilah ujian nkorang, untuk stop menjadi golongan pendusta agama dan patuh pada ayat2 Allah..
dan dalam keadaan seluruh umat Islam menyanjung cakap2 pendita dan ahli2 agama...
situasi di mana jika nko patuh ayat Allah, maka seluruh umat Islam akan memusuhi orang tu...
so dan kalau macam nilah keadannya.. nkorang memang tak akan boleh buat nyer
Allah cakap "
al-Quran diterangkan secara terperinci" pun nkorang dah glabah biawak dan takleh terima... (
rujuk sini) hehe

)
Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran) [al-Baqarah:18]
dan macam mana alim pun nkorang, warak ker.. muka bercahaya macam bulan dan baik kat semua orang..
takda gunanya kalau dah jadi pendusta agama dan ingkar ayat2 Allah.. hehe..
brapa orang dalam dunia yang buat kebaikan tapi tak dapat apa2?
orang kafir pun bersepah2 buat kebaikan kan? dapat apa?
Katakanlah: “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka
oleh itu gugurlah amal-amal mereka
maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak
al-Kahfi:103-106
dan sampai kiamat Allah akan biarkan nkorang berpuak-puak... bermusuhan, dan hanyut semakin jauh..
dah jadi ketetapan Allah... takda sapa boleh ubah, nkorang tetap tak akan beriman (
rujuk sini)
(Maka janganlah engkau berdukacita – wahai Muhammad – terhadap keadaan mereka yang demikian)
kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati itu menerima ajaranmu
dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu
apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka
engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu)
melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami
kerana mereka orang-orang yang menurut perintah.
[Ar-Rum:52-53]
kecuali orang yang benar2 beriman saja yang dapat menerima dan bersatu dgn semua mazhab, agama dan manusia
menegakkan ayat2 Allah dalam dirinya tanpa sebarang unsur penyekutuan...
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”
Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
[Al-Hijr:39-41]