BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benarkah ada tanda kiamat?

Adakah terdapat tanda kedatangan hari kiamat?


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
"definisi sembahyang" dalam Quran pun nko tak tahu, berbuih aku tanya tak jawab juga...
so.. macam mana nko nak semak solat orang betul ker tak? ada hati konon ... :eek:


berbuih ko tanye?? mana de?? mmg ko suka spin..
 
berbuih ko tanye?? mana de?? mmg ko suka spin..

takyah chong ler.. nnt tertukar terus nama Ah Chong, lagi masalah..
kat 3-4 thread nko tanya soalan sama... thread hj maikel dan dua thread aku.. :))
 
takyah chong ler.. nnt tertukar terus nama Ah Chong, lagi masalah..
kat 3-4 thread nko tanya soalan sama... thread hj maikel dan dua thread aku.. :))

haaa...kan ko dah kantoi...

kata ko yg tanye......
 
haaa...kan ko dah kantoi...

kata ko yg tanye......

yerlah.. nko suruh cerita macam nak sembahyang, aku tanya nko "apa itu sembahyang" .. tak betul? mmg kaki spin.. :eek:
 
nabi muhammad pernah tanya kat malaikat jibrail tentang bila tarikhnya kiamat maka jibrail menjawab org yg menanya lebih mengetahui dari org yang ditanya, tapi tanda tanda betapa dekatnya kiamat ada diterangkan rasullullah,contohnya banyaknya maksiat berluasa.hari kiamat berlaku pada hari jumaat tapi tarikh yg sebenarnya adalah urusan allah taala.sepertimana ngan kejadiaan roh.hanya sedikit pengetahuan utk manusia mengetahuinya.hanya allah taala mengetahui perkara ghaib nie.
 
Nak jelaskan Sunnah dan Status Nabi Muhammad S.A.W..

Definisi Sunnah mengikut para Muhaddith:

“percakapan,atau tindakan dan pengesahan yang telah dibuat dan dilakukan oleh Baginda S.A.W.”

Pengesahan di dalam definisi ini hampir sama maksudnya dengan “Taqreer”.apa yang dimaksudkan dengan istilah ini ialah seseorang berkata tentang sesuatu, bertindak dengan cara yang tertentu, dan apa sahaja percakapan dan tindakan yang datang dari pengetahuan Nabi S.A.W dan Baginda samada diekspresikan dengan percakapan atau kekal diam tanpa memberi sebarang tanda tidak setuju atau menidakkan sesuatu perbuatan.
Senyap itu,juga kelulusan dan tanda persetujuan serta membolehkan sesuatu perkara itu dibuat dan ini adalah salah satu tanda persetujuan Nabi S.A.W dan ianya juga termasuk didalam perbuatan yang Sunnah.

Sebagai satu Sunnah,dengan tiga perbuatan ini,( percakapan,atau tindakan dan pengesahan) berkait dengan Nabi Muhammad S.A.W ,Status Baginda S.A.W di dalam Syariat islam adalah penting dan undang-undang serta apa sahaja pengamalan agama islam adalah bersumberkan kepada Sunnah Nabi S.A.W.

Status Nabi Muhammad S.A.W

Soalah pertama yang keluar dari fikiran kita berkaitan perkara ini ialah:apakah status kedudukan Seorang utusan Allah S.W.T yakni Rasul apabila Baginda dihantar kepada manusia?adalah status utusan-utusan ini adalah seperti pembawa mesej atau utusan yang mana,setelah menghantar berita@utusan,dia tidak lagi bertanggunjawab atas kerjanya?

Jawapan kepada persoalan ini semestinya berbunyi Negatif.Baginda S.A.W bukanlah dihantar semata-mata untuk membawa perkataan-perkataan Allah S.W.T sahaja. Baginda juga,mengajar,menafsir serta menerangkan isi ayat-ayat Quran.Baginda juga memberi tunjuk ajar cara untuk mengaplikasikannya dan menunjukkan contoh untuk sesuatu perintah@wahyu.

Tugas Nabi S.A.W bukan hanya terhad kepada membacakan ayat-ayat Quran sahaja malah mereka mengajar dan melatih para Sahabat R.Anhum cara untuk hidup berlandaskan Quran dan Sunnah. Di dalam Al-Quran,tiada keraguan walau sedikitpun tentang perkara ini:



Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang Yang beriman, setelah ia mengutuskan Dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran Yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata.

(Ali Imran:164)




Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata.

(Al Jumu'ah:2)

Dalam perkara yang sama,fungsi ini telah diberi kepada Nabi S.A.W ,di dalam Doa Nabi Ibrahim Alaihi`salam.dimana dirakankan didalam Quran,Baginda Ibrahim A.S berdoa:




"Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

(Al Baqarah:129)

Inilah istilah dan rujukan yang telah diberi kepada Nabi Muhammad S.A.W yang mana termasuk di dalam 4 perkara dan fungsi berbeza dimana Nabi S.A.W telah dihantar dan diamanahkan untuk menjalankan:

1- Pembacaan ayat-ayat Allah S.W.T

2- Mengajar Al-Quran

3- Mengajar dengan hikmah dan bijaksana

4-Membersihkan dalaman manusia dan ,memperbaiki serta menyucikannya.

Oleh itu,Al-Quran Kareem yang mana tidak ada keraguan lagi yang mana Nabi S.A.W. dihantar bukan sahaja untuk membaca ayat-ayat Quran dan menyerahkan kepada manusia untuk menafsir dan memahaminya serta mengaplikasi dengan cara yang mereka suka.Tugas Nabi S.A.W. sempruna dan melengkapi antara satu sama lain.Malah,Baginda dihantar untuk mengajar Quran,oleh kerana mengajar Quran tidak mencukupi,Baginda juga diperlukan untuk mengajar hikmah dan bijaksana yang mana ianya ialah tambahan kepada Al-Quran.

Selain itu ,Baginda juga menjalankan pembersihan dalaman manusia dan ,memperbaiki serta menyucikannya, yang mana pengajaran secara teori tentang Al-Quran dan Hikmah mestilah disertakan sekali dengan latihan secara praktikal untuk membolehkan manusia untuk mengaplikasikan perintah di dalam ayat Al-Quran dan juga hikmah serta bijaksana dimana Allah S.W.T menghendaki manusia untuk mengaplikasikannya.

Ayat-ayat Quran beserta terjemahan yang dilampirkan di atas menerangkan tugas-tugas Nabi Muhammad S.A.W:

- Baginda mempunyai autoriti dan kuasa bagaimanaAl-Quran hendak dibaca.

- Perkataan dan ucapan Baginda menafsir serta menerangkan kandungan Al-Quran.

- Baginda ialah satu-satunya sumber di dalam hikmah dan bijaksana yang dijadikan rujukan dan boleh dipelajari.

- Baginda menunjukkan latihan secara praktikal kepada manusia bagaimana untuk membawa apa yang dipelajari dari Baginda untuk diamalkan.

Tugas-tugas Nabi S.A.W tidak akan dapat dibawa dan dijalankan melainkan ajaran Baginda S.AW,percakapan dan perbuatan,dibawa dan diamalakan oleh para Sahabat R.Anhum dan Muslim yang berada dibawah latihna ini terikat dengan syariat islam untuk mengikuti arahan dan mengikuti Baginda.

Tugas mengajar Al-Quran dan hikmah yang memerlukan apa yang diperkatakan oleh Baginda S.A.W diikuti oleh para pengikut.untuk tugas menunjukkan laithan secara praktikal,memerlukan segala tindakan dan perbuatan Baginda dijadikan contoh oleh Ummat islam dan Ummat islam harus mengikutinya.

Ia bukanlah satu logic akal tentang ayat-ayat Quran yang dilampirkan di atas,tetapi untuk memberitahu bahwa dari segi istilah di dalam Al-Quran,banyak ayat yang mana memberi kewajipan kepada Muslim untuk mengikuti ajaran,perbuatan serta mengikuti Baginda S.A.W secara mandatory(tidak mempersoalkan).

Di dalam AL-Quran, 2 istilah yang berbeza maksudnya,iaitu “Itaa’ah” (mentaati) dan “Ittibaa’” (mengikuti).Istilah pertama merujuk kepada arahan dan perkataan Baginda S.A.W yang mana isitlah kedua merujuk kepada perbuatan dan tindakan Baginda.

Dengan mewajibkan Muslim untuk Itaa’ah” (mentaati) dan “Ittibaa’” (mengikuti) Nabi Muhammad S.A.W,yang mana Al-Quran telah memberi bidang kuasa kepada apa sahaja perkataan dan perbuatan Baginda S.A.W.

Rujukan:

1. Authority of Sunnah, By Hazrat Maulana Mufti Taqi Usmani Hafizahullah,Idaratul Quran Publications, 1998 Editon,(Maktabah Darul Uloom ,Karachi,Pakistan.)

2.Tafsir Ma`arifatul Quran oleh Hazrat Maulana Mufti Muhammad Shafi` Rahmatullahi A`laih.(Maktabah Darul Uloom Karachi,Pakistan)

 
Last edited:
tekan button F5.. refresh persoalan nabi isa as.. hehe :D

surah apa dan ayat apa yang cakap Nabi Isa as masih hidup? akan kembali?

surah apa yang cakap "tugas-tugas keagamaan" belum selesai, dan memerlukan "tugas kenabian"?

surah apa yang cakap perlu ada "Messiah" untuk selamatkan orang Kristian atau betulkan Bible?

surah apa yang cakap mengenai Dajjal? :))


Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (Al-Ahzab:40)

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu (Al-Maidah:3)

p/s: kalau Nabi Isa as kembali, dia kena ikut syariat al-Quran dan ikut Rasulullah SAW kan?
oleh itu... jadi umat Rasulullah SAW kan?
alamak.. dah turun pangkat dari nabi jadi umat pulak dah..
dah tu, ada dua kitab pula nak kena ikut, isi kandungan al-Quran dan Bible..
nampaknya akan berpecah-belah, bermazhab dan berpuak2 lagieeeeeeee...
atau dia perintahkan untuk bakar semua Bible? bakar ayat2 Allah? ikut al-Quran jer, kitab muktamad
dan ayat2 beriman dengan Bible dalam Quran kena padam ker? hehe

pandai betul nkorang mendustakan agama, menfitnah nabi...
abis agama jadi tunggang langgang...
so..siapa yang merapu? hehe :eek:

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya

merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya.

[aL-Araf:35-36]

teruskan amalan nkorang.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..
tak lama lagi dah nie, dah sangat2 hampir, nak patah balik pun tak boleh dah.. hehe :D

yang ini pula bagaimana?

Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus. (Az Zukhruf ayat 61)

nkorang punya translation ke atas لَعِلْمٌ = laʿil'mun adalah salah..
laʿil'mun bukan "tanda" tetapi "pengetahuan" >> rujuk sini

terjemahan sebenar...

Dan sesungguhnya Nabi Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah aku. Inilah jalan yang lurus.
(Az Zukhruf ayat 61)

so.. biasalah, aper yang peliknyer?
semua nabi ada "pengetahuan" dan membawa amaran tentang kiamat :))

yelah.. nko ambil maksud mengangkat tu sebagai "menangkat jasad"..
padahal Allah tak cakap pun mengangkat jasad...
nkorang yang pandai2 tambah sendiri.. hehe :D

annisa+157.png


maksud sebenar "mengangkat (رَّفَعَهُ)" ialah mengangkat kemuliaan
perbandingannya "mengangkat (رَّفَعَهُ)" pada surah maryam...

maryam+57.png


see? mengangkat kemuliaan...

kita tengok pula surah ali-Imran

Ali-Imran+5.png


see? Allah cakap " "mewafatkan" (مُتَوَفِّيكَ) Nabi Isa as" dahulu, then "mengangkat" (وَرَافِعُكَ)"

so.. apakah maksud "mewafatkan" Nabi Isa as dan kemudiannya "mengangkat" ?
kalau dah wafat, buat apa nak angkat jasad lagi?
kalau dah wafat, tanam jerlah.. hehe :))

jadi dah sahlah "mengangkat" (وَرَافِعُكَ)" tu merujuk kepada mengangkat "kemuliaan" atau "martabat"..
bukan nyer mangangkat jasad.. dah clear part ni?
nak bukti lagi? :D

point dia ialah kalau ayat tu dah menceritakan tentang "pengetahuan", dan bukannya "tanda" ...
so takda ler bukti dalam al-Quran yang mengatakan kedatangan Nabi Isa as tu sebagai tanda kiamat...

Dan sesungguhnya Nabi Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah aku. Inilah jalan yang lurus.
(Az Zukhruf ayat 61)

so... Nabi Isa as dah wafat.... :D

God said, “O Jesus! I will cause you to die of natural causes, I will exalt you in My Sight and will clear you of the slander of the disbelievers. And I will cause those who truly follow you to dominate those who reject, until the Day of Resurrection. Eventually, all of you will return to Me. Then I will judge among you about that wherein you used to differ.” (Ali-Imran:55)

Ali-Imran+5.png


ni bukti lagi, dari ayat2 Allah... yang mengatakan Nabi Isa as dah wafat

And for claiming, “We killed the Messiah Jesus son of Mary, God’s Messenger.”
They never killed him
and never crucified him
But it appeared so to them
and the matter remained dubious to them
Those who hold conflicting views on this issue are but confused
They have no real knowledge
and they are following mere conjecture
Most certainly, they never killed him
Nay, God exalted him in His Sight
(They had plotted thinking that crucifixion was a death of curse. But God raised him in honor)
God is Almighty, Wise.
Everyone among the People of the Book must believe before dying
in the truth just stated
Jesus will be a witness against them on the Day of Resurrection.
[refer to 5:116-117. Neither was he crucified nor raised to the heavens. God is Omnipresent]

(4:157-159)

dah ada pun jawapan dia...

On the Resurrection Day
God will say: O Jesus, son of Mary!
Did you say to mankind, “Worship me and my mother as gods besides God?‘
He will respond, ”Be You Glorified!
I could never say what was not my right.
If I said such a thing
You would certainly know it
You know what is in my mind
and I do not know what is in Your mind
You are the Knower of what is beyond human perception.”
“Never did I say to them except what You commanded me to say
’Worship and obey God my Lord and your Lord.’
I was a witness to them as long as I lived AMONG them
After You caused me to die
You were the Watcher over them
and You are Witness over all things and events.

(5.116-117)

sapa nak citer bab nie? :D

dan di sini persoalan penuh yang BlueDream taknak jawab sampai sekarang... rujuk sini

see? Nabi Isa as dah wafat... :D

I did not say to them aught save what Thou didst enjoin me with:
That serve Allah, my Lord and your Lord, and
I was a witness of them so long as I was among them
but when Thou didst cause me to die (تَوَفَّيْتَنِي)
Thou wert the watcher over them

and Thou art witness of all things.

Shakir



full documentary



tapi macam aku cakap, tak penting makam nabi isa as..
yang penting nyer.. Allah cakap nabi isa as dah wafat..
 
Jadi harap TT da clear dengan penjelasan tentang Sunnah tadi..kita disuruh untuk mengikuti Nabi Muhammad S.A.W dan meninggalkan larangannya.Itu pentingnya ikut sunnah dan hadis..

Ok,ini pula

dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (An Nisaa': 157)

Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa':158)

TT kata Nabi Isa diwafatkan,dan diangkat kemuliaan..bukan diangkat ke Allah. Jadi di mana logiknya,kerana Allah ada menyebut mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.. Jadi di manakah Nabi Isa ketika itu kalau bukan diangkat ke langit? Cuba TT terangkan ayat tu.
 
Last edited:
Jadi harap TT da clear dengan penjelasan tentang Sunnah tadi..kita disuruh untuk mengikuti Nabi Muhammad S.A.W dan meninggalkan larangannya.Itu pentingnya ikut sunnah dan hadis..

ye ker.. tapi nkorang bukan ikut nabi, tapi ikut cakap orang ... :))

hukum menggunakan hukuman manusia, bukan hukum Allah .. rujuk sini
Allah cakap kebebasan agama, nkorang cakap pancung kepala ..
Allah cakap sebat utk penzina, nkorang rejam dgn batu
Allah haramkan riba, nkorang halalkan perbankan Islam...

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
maka mereka itulah orang-orang kafir

al-Maa’idah:44

Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya
dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya

al-Kahfi:26
contohnya, rujuk isu ni.. dan compare dgn bawah.. apa pendapat nko? :D

nko sokong ler perbuatan mencabut nyawa orang tanpa berlandaskan al-Quran... satu "golongan" yg sama
"golongan" yang hidup dengan melakukan kezaliman di atas muka bumi ...
semuanya mengikut hukum manusia dan nenek moyang nkorang, bukan ikut ayat2 Allah pun.. hehe (post #112) :D

muslim_woman_girl_beheaded_pancung_potong_kepala_1.jpg
tunisian_behead_man_christian_convert_murtad_pancung_3.jpg


surah apa cakap boleh pancung kapla orang murtad?
surah apa cakap boleh rejam orang sampai mati?
nko ada? aku up balik, kalau nko anak jantan ler.. boh kat sini aku nak tengok... hehe
ker nko memang vote untuk jadi "pendusta agama" juga? (post #1)
mensyariatkan apa yang tidak pernah Allah syariatkan...
dan buat agama sendiri ....
bukan agama Islam pun, dah sememangnya takda langsung dalam Islam.. :))


Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan ini”
Kemudian jika mereka menjadi saksi
maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka
dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami
dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.

[Al-An’am:150]

Bagi perkara yang
Allah tidak pernah haramkan....
Allah tidak pernah halalkan....
Allah tidak pernah tetapkan....​

BIARKAN SAHAJA, janganlah turut sama menjadi saksi membenarkannya...

ini larangan Allah...

"...jika mereka menjadi saksi maka JANGANLAH engkau turut sama membenarkan..."

KESAN mengingkari larangan ini sangatlah bahaya....

orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami

"...sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka..."

Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir [Ghaffir:4]

janganlah risau perkara-perkara yang tidak Allah nyatakan dalam al-Quran..

salah atau tidak, adalah tidak utama (pengajaran cerita Iblis)

jika apa yang tiada dalam Al-Quran itu satu kesalahan

maka Allah telah pun berjanji untuk maafkan...

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

[al-Maidah:101]

jadi.. jaga akidah kita betul-betul....

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam

Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”

mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

[al-Maidah:102-104]

larangannya periwayatan bercanggah al-Quran... 1, 2


kini, apa yang Rasulullah SAW diperintahkan? :-?

Rasulullah SAW boleh reka rule sendiri? tambah hukum? takda...


Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata
berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami
“Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia “
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja
Sesungguhnya aku takut
, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar”

[Yunus:15]

Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu)
mengatakan atas nama Kami
secara dusta
sebarang kata-kata rekaan
Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya
(supaya ia mati dengan serta-merta)

[al-Haqqa:44]

see? bukan main-main.. Rasulullah saw tidak akan "reka" pelik, dan sampaikan ayat2 Allah jer...

atau Rasulullah SAW ada kewajipan menyampaikan sesuatu di luar al-Quran?

takda.. ini buktinya... rujuk sini

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah
selain daripada menyampaikan sahaja

dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

[Al-Maidah:99]

atau nkorang ada kewajipan ikut sesuatu yang di luar al-Quran?

takda... ini buktinya...

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)

kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

[al-Maidah:101]

dan apa maksud ikut Rasulullah SAW pula?

Rasulullah saw menerima wahyu*
dan setiap ayat al-Quran yang kita kenali pada hari ini
adalah hasil daripada ucapan Rasulullah saw sendiri.*

Oleh itu, ianya menjadi mustahil untuk kita membuktikan secara zahir
bahawa al-Quran itu datangnya daripada Allah
kecuali dengan beriman bulat-bulat kepada ucapan Rasulullah saw.
*
Berdasarkan pemahaman ini
maksud sebenar mengikuti Rasulullah saw adalah mengikuti al-Quran itu sendiri.*

Ianya tiada kena mengena dengan cerita-cerita mulut yang dikumpulkan*
dan dijadikan dalam bentuk bertulis
oleh imam-imam hadis Persia lebih kurang 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw.

so.. selama ini agama apa yang nkorang anuti?

berilah kelonggaran mengikut al-Quran..
supaya agama Islam itu menjadi mudah dianuti oleh semua...
supaya manusia boleh bersatu dan tidak berpecah belah
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register