BTC USD 84,018.1 Gold USD 4,279.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benarkah ada tanda kiamat?

Adakah terdapat tanda kedatangan hari kiamat?


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
Ok,so TT.. jika betol ko menolak hadis-hadis (automatik tolak ulama' dan ustat dan ulama yang guna hadis)..

aku nak nak tanya berkenaan ayat di bawah :

Bismillahirrahmanirrahim..

"Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." (7, Al-Hasyr).

Macamana ko nak terima perintah Rasulullah (s.a.w) serta amalkan,dan tinggalkan apa yang dilarangnya tanpa ikut hadis?
 
Last edited:
Sah orang ni da gila...

bawa ayat-ayat Allah, pastu dapat tuduhan gila.. cantekkk...
pujian ni, tuduhan turun temurun kerana ikut al-Quran... rasa teruja pun ada :))

Demikianlah – tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka
melainkan ada yang berkata: “Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila”.

[Az-Zariyat:52]

Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam.
[Al-Qamar:9]

Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: “(Musa itu) adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!”
[Az-Zariyat:39]

Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan, kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
[At-Tur:29]
 
Dajjal mengaku tuhan nnt ko sujud depan dia... Jgn cakap dia gila...
 
Ok,so TT.. jika betol ko menolak hadis-hadis (automatik tolak ulama' dan ustat dan ulama yang guna hadis)..

aku nak nak tanya berkenaan ayat di bawah :

Bismillahirrahmanirrahim..

"Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." (7, Al-Hasyr).

Macamana ko nak terima perintah Rasulullah (s.a.w) serta amalkan,dan tinggalkan apa yang dilarangnya tanpa ikut hadis?

apa yang Rasulullah SAW diperintahkan? :-?

pancung kepala orang murtad? rujuk sini

rejam orang berzina?

Rasulullah SAW boleh reka rule sendiri? tambah hukum? takda...

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata
berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami
“Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia “
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja
Sesungguhnya aku takut
, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar”

[Yunus:15]

Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu)
mengatakan atas nama Kami
secara dusta
sebarang kata-kata rekaan
Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya
(supaya ia mati dengan serta-merta)

[al-Haqqa:44]

see? bukan main-main.. Rasulullah saw tidak akan "reka" pelik, dan sampaikan ayat2 Allah jer...

atau Rasulullah SAW ada kewajipan menyampaikan sesuatu di luar al-Quran?

takda.. ini buktinya... rujuk sini

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah
selain daripada menyampaikan sahaja

dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

[Al-Maidah:99]


atau nkorang ada kewajipan ikut sesuatu yang di luar al-Quran?

takda... ini buktinya...

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)

kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

[al-Maidah:101]

dan apa maksud ikut Rasulullah SAW pula?

Rasulullah saw menerima wahyu
dan setiap ayat al-Quran yang kita kenali pada hari ini
adalah hasil daripada ucapan Rasulullah saw sendiri.

Oleh itu, ianya menjadi mustahil untuk kita membuktikan secara zahir
bahawa al-Quran itu datangnya daripada Allah
kecuali dengan beriman bulat-bulat kepada ucapan Rasulullah saw.

Berdasarkan pemahaman ini
maksud sebenar mengikuti Rasulullah saw adalah mengikuti al-Quran itu sendiri.

Ianya tiada kena mengena dengan cerita-cerita mulut yang dikumpulkan
dan dijadikan dalam bentuk bertulis
oleh imam-imam hadis Persia lebih kurang 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw.


so.. nko ikut agama mana?
agama Ahli Kitab? sebab tu ker kumpul kitab, dan menyangjung tinggi kitab2 ... dah mmg nama pun "Ahli Kitab" :))
 
Last edited:
hanya allah sahaja yg tahu tentang bila kedatangan ataupun tarikh berlakunya kiamat,tapi tentang tanda tanda ada diterangkan dlm hadis.kerana ngan tanda kecil dan besar tu maka seolah menerangkan betapa dekatnya kiamat tu.
 
Nk tanya ustaz pudin sket bole? Ceq ni jahil sket... Ekekekw.. Sembahyang tu wajib ke tak?
 
wahai pubin....sila tunjukkan bagaimana cara sembahyang berlandaskan al-quran?
 
hanya allah sahaja yg tahu tentang bila kedatangan ataupun tarikh berlakunya kiamat,tapi tentang tanda tanda ada diterangkan dlm hadis.kerana ngan tanda kecil dan besar tu maka seolah menerangkan betapa dekatnya kiamat tu.

"menerangkan betapa dekatnya kiamat tu", persoalan "masa"
 
wahai pubin....sila tunjukkan bagaimana cara sembahyang berlandaskan al-quran?

"definisi sembahyang" dalam Quran pun nko tak tahu, berbuih aku tanya tak jawab juga...
so.. macam mana nko nak semak solat orang betul ker tak? ada hati konon ... :eek:
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register