BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,286.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benarkah ada tanda kiamat?

Adakah terdapat tanda kedatangan hari kiamat?

  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
Ulama’ ialah ahli agama atau ilmuan yang menguasai beberapa cabang ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ilmu ini adalah ilmu yang bermartabat tinggi kerana ia berkaitan dengan Allah, Rasulullah, Al-Quran, sistem kehidupan, politik, budaya, ekonomi dan perkara-perkara besar yang lain. Ilmu ini akan menentukan nasib baik seseorang atau sebaliknya di dunia dan di akhirat kelak. Ilmu inilah yang disebut sebagai Ad-din oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:
“Sesiapa yang Allah ingin memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama”. – (Muttafaqun ‘Alaih dari Mu’awiyah r.a)
Ilmu ini juga disebut Al-Hikmah seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 269:

“Allah memberi Al-Hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya; barangsiapa yang telah dianugerahkan dengan hikmah itu bermakna dia telah diberikan kebaikan yang banyak”.

Allah mengangkat martabat orang yang beriman dan berilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. Allah berfirman dalam surah Al-Mujadalah ayat 11:
“Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (di kalangan kamu) beberapa darjat. (Ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”.
Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW menegaskan:
“Sesungguhnya Allah meninggikan martabat sesuatu kaum dengan Al-Quran ini (yakni ilmu tentang Al-Quran) dan merendahkan martabat yang lain kerananya”. – (Riwayat Muslim)
Ilmu inilah yang dinyatakan oleh Allah akan direnggut dan dicabut daripada sesuatu kaum dengan dimatikan golongan orang Alim dalam kalangan sesuatu kaum itu. Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu (ilmu agama) daripada umat manusia dengan sekali renggut. Akan tetapi Dia mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama’. Sehingga apabila tiada lagi seorang Alim pun hidup maka orang ramai menjadikan orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka mereka (para pemimpin itu) ditanya, lalu mereka berfatwa tanpa ilmu. Maka dengan demikian mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain”.- (Muttafaqun ‘Alaih)
 
pubin...kono ade quran kono ado sunnah.... panduan untuk pemahaman dan panduan untuk perbuatan....

iyo ker... satu panduan dari Allah
satu lagi panduan daripada pendita (bukan dari Rasulullah SAW pun, satu "laporan", iaitu "diriwayatkan")...
sebab tu ada hadis minum air kencing unta
orang perempuan setaraf anjing
Rasulullah SAW percaya pada kesialan
Rasulullah SAW siksa dan kejam ke atas binatang
nikah dengan budak umur 6 tahun
Allah ada mata, dan dibandingkan dengan mata Dajjal... bla.. bla.. :))
 
Last edited:

hebat deskripsi nko... so ulamak pendita atau ahli2 agama nko ada tak buat semua di bawah? :D

berpuak-puak? bermazhab dan befirqah?
cari makan melalui agama?
menetapkan apa yang Allah tak tetapkan?
menghalalkan apa yang Allah haramkan?
dan mengharamkan apa yang Allah tak tetapkan?

takkan ilmu setinggi tu pun masih buat kerja2 terkutuk kut? :))
(sepertimana perangai Ahli-ahli Kitab... ada ilmu tapi selisih ayat Allah)

apakah ciri-ciri dan sifat "orang-orang beriman"?​

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah
right_icon.gif
mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka
right_icon.gif
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman
right_icon.gif
dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(8.2)

ada nkorang jumpa guru macam ni?
kalau takda.. takyah ler nkorang ikut..
hancur kehidupan nkorang di dunia, dan di akhirat....
dia ni bukan nak dikatakan sebagai "guru"... nak dilabelkan sebagai "orang beriman" pun tak lepas lagi.. hehe :))

apakah ciri-ciri dan sifat "orang-orang yang bukan dari kalangan kamu"? di antara contohnya...​

PERTAMA - orang musyrik

bermazhab, berfirqah dan berpuak-puak....

maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan
ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah
serta bertaqwalah kamu kepadaNya
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna
dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya

[Ar-Rum:30-32]

KEDUA - pendusta agama

mereka mengharamkan apa yang tidak pernah Allah haramkan di dalam Al-Quran
mereka menghalalkan apa yang tidak pernah Allah halalkan di dalam Al-Quran
dan mereka menetapkan apa yang tidak pernah Allah tetapkan di dalam Al-Quran

perbuatan mereka mengakibatkan perselisihan dan perpecahan dikalangan umat Islam

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam

Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”

mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu

Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.

[al-Maidah:101-105]

Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan ini”
Kemudian jika mereka (tergamak) menjadi saksi (secara dusta)
maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka
dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami
dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.

[Al-An’am:150]

KETIGA - Pendita (ulama) dan ahli-ahli agama (ustaz) yang hypocrite​

Mereka menjadikan pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama mereka
sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah
dan juga Al-Masih ibni Maryam
padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa
tiada Tuhan melainkan Dia
Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka
sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya
sekalipun orang-orang kafir tidak suka
Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar
untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain
walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama
memakan harta orang ramai dengan cara yang salah
dan mereka menghalangi dari jalan Allah

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah
maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

[At-Taubah:31-34]

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf
mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ahli-ahli agama mereka)
dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

[al-Baqarah:78]

Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (al-Quran)
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan

(Al-A’raf:3)
 
Last edited:
habis dah... pubin le ulama' baru tu.... korang ikut ler... dalam byk2 yang pandai.. dia lah yang paling pandai...
 
ramai umat manusia hari ini tidak pandai Al-Quran... jadi dia tidak boleh berguru dengan mana2 orang atau ulama'.. inilah bijak pandai pubin...
 
ramai umat manusia hari ini tidak pandai Al-Quran... jadi dia tidak boleh berguru dengan mana2 orang atau ulama'.. inilah bijak pandai pubin...

bukan aku yang pandai... apa aku buat?
aku quote ayat2 Allah jer..
so Allah ler yang Maha Bijaksana..
nko tak setuju dgn ayat2 Allah, perlu diubah ikut "selera" nko?
rasa nak memberontak dgn perintah Allah? :))

dan takda paksaan pun utk nkorang ikut ayat2 Allah...
SEBALIKNYA Allah sampaikan pesanan berikut...

And they have attributed to Allah equals to mislead [people] from His way
Say, "Enjoy yourselves
for indeed, your destination is the Fire."

[Ibrahim:30]

Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya
Katakanlah: “Bersenang-senanglah kamu (sementara di dunia)
kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka”.

[Ibrahim:30]

... dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah
untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah
Katakanlah: “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara
sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.

[Az-Zumar:8]

Makanlah dan bersenang-senanglah kamu
sementara waktu hidup

kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah)

[Al-Mursalat:46-47]

so.. tunggu apa lagi? "Enjoy yourselves" :eek:

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu
amatlah kuat kukuh.

[al-Qalam:44-45]
 
Last edited:
tak jawab soalan aku :)

takpelah
 
iyo ker... satu panduan dari Allah
satu lagi panduan daripada pendita (bukan dari Rasulullah SAW pun, satu "laporan", iaitu "diriwayatkan")...
sebab tu ada hadis minum air kencing unta
orang perempuan setaraf anjing
Rasulullah SAW percaya pada kesialan
Rasulullah SAW siksa dan kejam ke atas binatang
nikah dengan budak umur 6 tahun
Allah ada mata, dan dibandingkan dengan mata Dajjal... bla.. bla.. :))

boleh jadi den yang kurang paham....boleh tolong kasi paham??
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register