Crystal skull
Active+ Member
- Messages
- 2,704
- Joined
- Dec 29, 2013
- Messages
- 2,704
- Reaction score
- 9
- Points
- 25
PETALING JAYA : Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menggesa rakyat Malaysia ‘membenamkan’ semua parti yang melihat masalah dari sudut bangsa tidak kira parti apa, termasuk parti DAP.
Katanya, segala bentuk perkauman tanpa kira dilakukan oleh siapa iaitu bangsa Melayu, Cina dan India mesti ditentang.
“Jangan kita tertipu dengan dakyah pemimpin UMNO, bila sesak salahkan bangsa lain. Jika semua orang melihat masalah kaum mereka disebabkan oleh bangsa lain, mana mungkin ada perpaduan dalam negara kita?
“Meskipun sedikit susah, namun jalan keluar dari masalah ini adalah dengan melihat diri kita sebagai seorang individu (bukan bangsa) yang mempunyai hak mutlak yang dianugerahkan oleh tuhan yang tidak boleh diambil oleh mana-mana pihak,” katanya di dalam entri terbaru blognya.
Ariff berkata, hak itu memberi rakyat kuasa mutlak bagi menentukan jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki serta memberi ruang untuk bertanggungjawab atas kebajikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Beliau menambah, kerajaan hanya wadah untuk mencapai matlamat kolektif yang tidak mungkin tercapai jika dibuat secara sendirian, selain menyatakan bahawa tiada keperluan untuk memuja atau menyembah kerajaan kerana yang tersebut bukanlah sesuatu yang tempatnya bukan di atas kepala untuk menindas, membuli atau gila kuasa.
“Kita mesti sedar, UMNO ini bukan parti untuk perintah Malaysia. UMNO ini parti yang hanya layak perintah sebuah kampung yang semuanya Melayu.
“Dan jika semuanya Melayu pun, korupsi, salah guna kuasa, buli dan tekanan akan berlaku. Jika semuanya berlaku, siapa yang kita salahkan?,” ujarnya.