BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belum siap sudah runtuh

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SERI KEMBANGAN – Belumpun siap dibina sepenuhnya, tembok batu di cerun Jalan BS7/7 Taman Perindustrian Bukit Serdang dekat sini sudah mengalami hakisan sebelum runtuh menyembah bumi sejak seminggu lalu.

Difahamkan, kerja-kerja pembinaan dijalankan bermula pertengahan bulan lalu apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang mengadakan pemantauan mendapati wujud keperluan membina tembok batu tersebut.

Bagaimanapun, jangkaan supaya tembok itu mampu berfungsi menjadi penahan dan mengelak hakisan tanah meleset apabila ia runtuh tidak sampai sebulan dibina.

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, beliau dimaklumkan oleh MPSJ berlaku hakisan cerun sebelum pihak berkuasa tempatan (PBT) itu melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih.

Menurutnya, malangnya beliau mendapat aduan daripada pengusaha kilang berhampiran, tembok yang dibina dengan kos kurang RM20,000 itu runtuh dan berlaku hakisan tanah.

Beliau berkata, pihaknya sudah menggesa MPSJ mengambil tindakan segera, lokasi dibersihkan dan kerja baik pulih dilakukan.

“Saya minta majlis senarai hitamkan kontraktor terlibat kerana isu ini serius membahayakan keselamatan penduduk dan pengguna jalan.

“Punca runtuhan masih dalam siasatan dan kami syak kontraktor tidak mengikut spesifikasi ketika pembinaannya,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPSJ (Unit Cerun), Azizah Baharon berkata, pihak majlis maklum mengenai perkara itu.

Katanya, tembok yang runtuh sepanjang enam meter dengan ketinggian tiga meter.

“Ia akan dibaik pulih, bagaimanapun reka bentuknya agak berbeza dengan sebelum ini,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/belum-siap-sudah-runtuh-1.161691
 
senarai hitam kontraktor...
 
mslah dlman, buat keje leklok tw awk,..kui3
 
menyusahkan org ramai...
nak kena tender lg la....memakan masa...
kontarktor tak wibawa...harap2 bukan alibaba
 
biar runtuh skang dr runtuh esok hari..so taula ini kontraktor xbole buat kerja
 
Back
Top
Log in Register