BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belum bincang PRN Melaka, tetapi PN terbuka runding dengan BN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Belum bincang PRN Melaka, tetapi PN terbuka runding dengan BN​

324294b8-78d9-4fd2-96ec-004ad7c304e4-PENGERUSI-PN-AHMAD-SAMSURI-MOKHTAR-MANIFESTO-PN-PRN-NEGER...jpg

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya terbuka runding dengan BN mengenai PRN Melaka, termasuk berkaitan kerjasama dan pertukaran kerusi.

Beliau bagaimanapun berkata, masih ada ruang untuk rundingan diadakan memandangkan tarikh PRN belum ditentukan, pihaknya terbuka untuk berunding dengan BN termasuk berkaitan kerjasama dan pertukaran kerusi.

“Kita juga belum mengetahui tarikh pilihan raya Melaka, dengan tempoh yang masih ada, ruang untuk berbincang masih terbuka luas, sama ada dalam kalangan pimpinan PN sendiri atau bersama rakan-rakan Muafakat.

“Jika mereka bersedia untuk berbincang, InsyaAllah kami juga bersedia,” katanya selepas merasmikan Konvensyen PAS Perak Ke-23 di Taiping, lapor Utusan Malaysia.

Tambahnya, rundingan yang dibuat juga perlu mengambil kira kepentingan lebih besar, khususnya memastikan pembentukan kerajaan yang stabil selepas pilihan raya.

Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, pihaknya masih terbuka untuk berunding mengenai pembahagian kerusi bagi PRN Melaka, termasuk pertukaran kerusi, asalkan jumlah kerusi yang akan ditandingi gabungan itu kekal sama.

Beliau sebelum ini menyatakan bahawa BN akan mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRN 2021.
 
Back
Top
Log in Register