BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belum ada keputusan had jual RON95

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjual petrol RON95 kepada golongan yang layak sahaja.

"Belum ada apa-apa keputusan lagi," katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan
miskin.

Setiausaha agung Umno itu yang turut berada dalam sidang media berkenaan berkata beliau telah membuat penjelasan mengenai perkara itu dan apa yang beliau katakan semalam tidak dilaporkan dengan betul.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80. - Bernama
 
Arini jer... Esok esok who knows... Cakap manthiri hanpa caya ker..
 
br perasan beza harga sebenar ron95 dgn ron97 dlm 0.07 sen je...
kualiti jauh beza tp harga lebih kurang sama...
baik subsidi ron97 je...
 
br perasan beza harga sebenar ron95 dgn ron97 dlm 0.07 sen je...
kualiti jauh beza tp harga lebih kurang sama...
baik subsidi ron97 je...

errr..pesal lak 0.07sen?:-?:-?
 
seperti idea budak hingusan, mmg kangkung btl BN nie.. Aduii... subsidi tu betul ka? mcm tak percaya. suka2nya la...
 
errr..pesal lak 0.07sen?:-?:-?

dalam berita atas ron95 harga sebenar: rm2.10+rm0.63=rm2.73...
ron97: rm2.80...

td ak isi minyak di petronas...die tulis harga sebenar ron95: rm2.77...

mcm pelik kualiti beza tp harga lebih kurang...

ni nk limit plak...makin x faham ak dgn govt skrg...baik terus terang je nk buang semua subsidi...
 
Mr. kangkung cakap terus kamu nak naik harga minyak, kan senang gitu....

jgn byk pusing2....Mr. Kangkung
 
dalam berita atas ron95 harga sebenar: rm2.10+rm0.63=rm2.73...
ron97: rm2.80...

td ak isi minyak di petronas...die tulis harga sebenar ron95: rm2.77...

mcm pelik kualiti beza tp harga lebih kurang...

ni nk limit plak...makin x faham ak dgn govt skrg...baik terus terang je nk buang semua subsidi...

ok paham.. rega campo subsidi rupanya..wujud ke subsidi tu?
 
Back
Top
Log in Register