Ni maksud dia apa ye? Maaf la saya tak ada pengalaman beli rumah.
kalau tuan beli rumah subsale, tuan kene dapatkan maksimum value rumah. Blh dapatkan dari banker or valuer atau mintak pada agent rumah.
contoh harga rumah Taman desa pinggiran putra kajang, single storey 1400 sft, 20 x 70 sft build up 1000 sft basic unit. Maksimum Market Value bank bagi RM 370,000.00
kalau owner ataupun agent jual terlalu dekat or ikut market value biasanya rumah tu susah nak jual. contoh 365k mmg lambat nak terjual
Pembeli biasanya akan nego mintak harga yang terendah. kat sini la Cash buyer ada peluang untuk bargain harga.
Tapi kalau rumah tu dalam kawasan hotspot area dan ada ramai pembeli yang berminat mmg agak sukar cash buyer nak bargain harga. Melainkan seller mmg desperate nak jual dgn segera.
kenapa mesti dapat market value rumah maksimum :-
Nak invset property tuan kene tahu demand and supply rumah dalam satu-satu kawasan. tuan kene tgk history market value. kalau naik nye lambat ada tanda2 kawasan tu low demand.
tuan blh tgk
https://www.brickz.my/ ada history rumah2 yang telah terjual dalam satu2 kawasan. Page ni berbayar tuan. kalau tuan subscribe dia akan paparkan lebih byk maklumat harga rumah yng telah terjual.
rekod ni berdasarkan harga MOT rumah yang pembeli bayar pada LHDN.
Kalau untuk tujuan loan mmg wajib tahu Market value. Loan subsale rumah hanya 90% untuk 1st dan 2nd house maksimum dari market value. kalau rumah ketiga dan seterusnya 70% sahaja loan bank bagi.
Tuan selaku pembeli ada hak untuk tawar harga, kalau tuan rumah tak berminat tuan blh cari rumah lain.
walaupun tuan cash buyer tuan jgn lupa sekali kira kos legal fees
SPA beli rumah dan MOT rumah. selaku pembeli tuan yang kene tanggung kos ni.
penjual akan tanggung
SPA jual dan CKHT