BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beli madu bercampur semut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PARIT BUNTAR – Seorang pengguna, Siti Zaliha Abdul Jalil meluahkan kekecewaan terhadap pengeluar madu terkenal yang diimport dari luar negara kerana menggunakan campuran gula dalam produknya.

Keadaan itu disedari setelah penutup botol madu berkenaan dibuka dan Zaliha mendapati banyak semut di dalamnya.

“Sepatutnya produk madu asli jarang ada semut yang mahu mengurungnya kerana tidak berbau gula namun produk ini dipenuhi dengan semut kerana terdapat campuran gula yang tinggi di dalamnya,” katanya.

Tambah Zaliha, sebotol kecil madu berkenaan dijual dengan harga RM38 manakala yang besar RM70 dan ia merugikan pengguna yang membelinya.

“Kejadian seperti ini perlu diwar-warkan kepada semua pengguna supaya mereka tidak tertipu dengan taktik kotor pengeluar yang tidak bertanggungjawab.

“Sehubungan itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Parit Buntar kerana percaya produk itu ditukar dengan produk tiruan,” katanya.

Tambah Zaliha, pengguna perlu meneliti keterangan produk dengan sewajarnya sebelum mereka mengambil keputusan membeli sesuatu barangan.

“Jangan mudah percaya dengan produk yang dilabelkan asli kerana ada pihak cuba ambil kesempatan untuk meraih keuntungan semata-mata.

“Sebagai pengguna kita perlu lebih teliti dan bijak menggunakan hak kita agar tidak tertipu,” katanya.

Zaliha berharap pihak kerajaan yang terdiri daripada Hub Halal, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna dapat menjalankan operasi tertentu terhadap produk yang dinyatakan kerana bimbang lebih ramai pengguna akan tertipu.



sumber:http://infoisusemasa.blogspot.com/2012/03/beli-madu-bercampur-semut.html
 
susah skang nk jumpe MADU yg betul2 asli..
 
jangan macam tu .. ni semua tak kaji habis-habisan.. madu yang berasal dari asia kalau yang asli memang semut tak hurung.. sebab madu asli tinggi kandungan belerangnya.. sebabtulah kalau tuan sakit tekak makan madu asli sure akan perit kerana penangan belerang...

kalau madu dari arab saudi, iran dan sebagainya kandungan belerangnya tiada.. dan ini menyebabkan semut suka... kerana kemanisan madu tersebut.. kalau makan kedua2 madu tesebut memang terasa perbezaannya...

tolong betulkan fakta ini...
 
Kalau dah ada semut bukan asli jawabnya.
Madu asli cuma ada 3 jer.
 
jangan macam tu .. ni semua tak kaji habis-habisan.. madu yang berasal dari asia kalau yang asli memang semut tak hurung.. sebab madu asli tinggi kandungan belerangnya.. sebabtulah kalau tuan sakit tekak makan madu asli sure akan perit kerana penangan belerang...

kalau madu dari arab saudi, iran dan sebagainya kandungan belerangnya tiada.. dan ini menyebabkan semut suka... kerana kemanisan madu tersebut.. kalau makan kedua2 madu tesebut memang terasa perbezaannya...

tolong betulkan fakta ini...

aku setuju.....
 
Back
Top
Log in Register