BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan Selangor 2023

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
1669363730839.png


23.11.2022 - Kuala Lumpur, Belanjawan Selangor 2023 akan memfokuskan kepada strategi mendepani gelombang kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Amirudin Shari. Amirudin memaklumkan sidang DUN Selangor dijadual bermula hari ini, diikuti dengan pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat (25 Nov) yang akan turut menitikberatkan aspek yang mampu memberi kebaikan kepada golongan muda, wanita dan kegiatan ekonomi.

“Ada beberapa insentif yang kita akan fokuskan terutamanya untuk anak muda, wanita serta memperkasakan kegiatan ekonomi supaya kelembapan atau ketidaktentuan ekonomi berjaya diatasi oleh negeri (Selangor) yang menjadi nadi penting negara. Sudah pasti kita mahu mendepani cabaran tahun depan supaya Selangor bukan sahaja boleh menahan uji tetapi juga boleh menongkah arus,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Selangor Masters Golf 2022 di Kelab Golf Seri Selangor, di Petaling Jaya semalam. Amirudin berkata tumpuan berkenaan diberi berikutan keadaan ekonomi yang dijangka mencabar pada tahun depan disebabkan krisis bekalan, serta geopolitik yang tidak seimbang di samping kesan daripada pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sabtu lepas, Amirudin berjaya merampas kerusi Parlimen Gombak daripada penyandangnya, Mohamed Azmin Ali yang bertanding atas tiket PN pada PRU15 apabila memperoleh majoriti undi 12,729.​

1669174219595.png
 
Last edited:
MB bentang Belanjawan Selangor 2023 jam 3 petang

25.11.2022 - Kuala Lumpur, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentang Belanjawan Selangor 2023 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada jam 3 petang ini. Tumpuan dalam belanjawan kali ini termasuklah program pengukuhan ekonomi bagi berdepan kemungkinan kelembapan ekonomi, pemberian bantuan khas kewangan dan program kebajikan kepada rakyat. Dewan bersidang mulai 23 November dan dijadual tamat 6 Disember.

Disiar secara langsung melalui portal SelangorTV, sebarang maklumat terkini mengenai persidangan dewan akan dihebahkan melalui laman sesawang selangortv.my Pembentangan juga boleh diikuti secara langsung di Facebook Media Selangor dan Amirudin Shari sementara laporan berita boleh dibaca melalui akhbar dan portal Selangorkini. Ia juga bakal dimuatkan dalam tiga edisi lain termasuk Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Pada 20 Oktober, Pejabat DNS memaklumkan sidang yang dirancang bermula 28 Oktober ditangguh bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15.

Berita asal https://selangorkini.my/2022/11/mb-...3-jam-3-petang-ini-saksikan-di-facebook-live/
 
Selangor Peruntuk RM2.45 Bilion, Tumpu Lima Teras

25.11.2022 - Shah Alam, Kerajaan Selangor memperuntuk RM2.45 bilion dalam Belanjawan 2023 sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan. Membentang dokumen tersebut hari ini, Dato’ Menteri Besar berkata keseluruhan jumlah tersebut tinggi sedikit berbanding tahun lalu iaitu RM2.34 bilion. Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan sebanyak RM1.25 bilion atau 51 peratus diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus dan 1.2 bilion lagi untuk pembangunan.

“Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2 bilion. Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2023 adalah premium tanah sebanyak RM753.72 juta bersamaan 38 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan,” katanya di Dewan Negeri Selangor.

Beliau berkata defisit RM450 juta juga dicatatkan tahun ini selepas mengambil kira jangkaan hasil negeri berjumlah RM2 bilion dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.45 bilion. Menurut Amirudin, defisit itu lebih tinggi berbanding tahun lalu bagi persediaan pengurusan bencana akibat perubahan iklim dan peruntukan pembangunan substantif untuk pembangunan negeri.

“Walaupun melaksana belanjawan defisit sejak lima belanjawan lalu, Kerajaan Negeri sentiasa berjaya mengurangkan jumlah defisit kepada satu jumlah yang munasabah menerusi instrumen kawalan perbelanjaan serta amalan prinsip tadbir urus kewangan yang baik,” jelasnya.

Bertema #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan, belanjawan tahun depan menggariskan lima teras utama iaitu:

-Mengukuhkan pertumbuhan ekonomi
-Membudaya perpaduan dan masyarakat penyayang
-Pendidikan dan pembangunan generasi masa depan
-Kehidupan lestari dan sejahtera

-Tadbir urus cekap dan bertanggungjawab

1669363837160.png
 
Selangor Kekal Penyumbang Terbesar Ekonomi Hasil Tadbir Urus Stabil

25.11.2022 - Shah Alam, Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia pada 2021 sebanyak 24.8 peratus hasil kestabilan dan pengukuhan tadbir urus. Dato’ Menteri Besar berkata Selangor juga antara yang mendahului negeri lain dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM343.5 bilion berbanding RM327.1 bilion pada 2020.

“Nilai tersebut meningkat ke 5.0 peratus pada 2021 berbanding -5.2 peratus pada 2020, sekali gus melepasi paras pertumbuhan nasional yang mencatat 3.1 peratus,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Beliau berkata sumbangan utama diterajui oleh sektor perkhidmatan sebanyak 59.5 peratus, pembuatan (31.4 peratus), pembinaan (5.1 peratus), pertanian (1.5 peratus) dan perlombongan (0.2 peratus). Amirudin juga yakin Rancangan Selangor Pertama mampu dan keupayaan tadbir urus mampu memberi keyakinan kepada pelabur untuk mencipta peluang pekerjaan baharu dengan gaji setimpal.
1669363922427.png
 
Selangor Umum Bantuan Khas Kewangan Dua Bulan Setengah

25.11.2022 - Shah Alam, Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah kepada semua anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri (termasuk anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh kerajaan Persekutuan) pada tahun 2022. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan khas berkenaan adalah untuk menghargai khidmat cemerlang serta komitmen penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan kerajaan negeri kekal efisien dan berkesan.

"BKK kali pertama iaitu satu bulan gaji atau minimum RM1,000 sudah dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H / 2022. BKK kali kedua pula akan dibayar pada 29 Disember depan iaitu sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta. Seterusnya, BKK kali ketiga iaitu insentif sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar pada Februari 2023 bagi meringankan beban penjawat menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan bulan Mac," katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2023, hari ini.

Amirudin berkata, pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian Bantuan Khas Kewangan yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM). Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan sidang dewan berkenaan akan bersambung pada hari Selasa berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cuti umum yang ditetapkan pada Isnin ini.​

1669374678342.png
 
Kerajaan Selangor Peruntuk RM16.1 Juta Untuk Projek Tebatan Banjir

25.11.2022 - Kuala Lumpur, Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM16.1 juta dalam bajet tahun depan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri bagi pelaksanaan projek tebatan banjir. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata agihan peruntukan bagi tahun 2023 dilakukan mengikut lembangan sungai bagi memastikan keberkesanan dalam pengurusan tebatan banjir. Katanya, lembangan sungai utama terlibat termasuk Sungai Klang, Sungai Langat dan juga Sungai Selangor.

"Projek-projek tebatan banjir ini perlu dilaksanakan segera terutamanya di Lembangan Sungai Klang dan Sungai Langat. Projek-projek tebatan banjir ini juga akan dilaksanakan secara sinergi dengan projek-projek bawah peruntukan Persekutuan bagi mendapatkan keberkesanan yang lebih holistik dalam menangani isu banjir di negeri Selangor," kata Amirudin.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan bajet negeri Selangor bagi 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Selain itu, Amirudin berkata kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan 21 tasik dan bekas lombong sebagai sumber bekalan air bagi memastikan bekalan air Selangor kekal lebih daripada mencukupi.

"Luas telah membangunkan kolam sumber bekalan ini melalui tiga fasa yang merangkumi audit kolam-kolam di Lembangan Sungai Selangor, Sungai Klang, dan Sungai Langat, membina dan melebarkan kolam, serta menyambungkan antara kolam ke sungai," katanya lagi.

Tambahnya lagi, terdapat juga usaha untuk merawat air di Sungai Gong bagi meningkatkan kualiti air. Sementara itu, kerajaan negeri Selangor memperluaskan kelayakan bagi program air percuma yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan pada Oktober 2022. Kerajaan negeri telah menaikkan pendapatan isi rumah yang layak daripada RM4,000 dan ke bawah sebulan dengan memasukkan isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan. Amirudin berkata mereka akan meneruskan program ini tahun depan dengan peruntukan RM40 juta setahun.

"Perubahan syarat ini telah mengambil kira kesan pandemik Covid-19 dan juga situasi semasa negara yang sedang berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan lonjakan inflasi," katanya.

Pembentangan bajet penuh oleh Amirudin berlangsung hampir tiga jam.​

1669376906727.png
 
Kerajaan Negeri Selangor Selaras Elaun Guru KAFA

25.11.2022 - Shah Alam, Kerajaan negeri Selangor melakukan pelarasan elaun minimum guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) sebanyak RM1,500 sebulan akan dilaksanakan bermula Januari 2023. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata ia sebagai menghargai peranan guru Kafa di Selangor selaku "murabbi ummah".

"Namun begitu, masih ada sebilangan guru yang menerima elaun bulanan kurang daripada RM1,500. Terdapat kira-kira 2,825 guru Kafa di negeri Selangor masih dibayar elaun serendah RM1,350 sebulan walaupun peranan mereka besar dalam mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak untuk menjadi Islam sejati dan insan syumul. Atas keprihatinan kerajaan negeri, pelarasan elaun minimum guru Kafa RM1,500 sebulan akan dilaksanakan bermula Januari 2023. Sebagai tambahan, sukacita diumumkan elaun bulanan seramai 2,825 guru Kafa akan diseragamkan dan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan," katanya.

Amirudin berkata demikian ketika membentangkan bajet negeri Selangor bagi 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, hari ini.Untuk tujuan itu, Amirudin berkata kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM4.8 juta bagi pelarasan elaun guru Kafa.
1669382562953.png
 
ni antara gula2 sebelum PRN ni.... cane la selangor ni nak jatuh ke tangan pembangkang?????
 
Back
Top
Log in Register