Pada pendapat aku,
Aku yakin dan pasti ramai yang sudah mahir dalam SQL ini. Aku pasti ramai yang sudah tahu guna dan masih belum mahir dalam SQL ini. Asas kepada SQL sangat penting untuk menggunakan SQL. Berdasarkan kepada pengalaman aku, cara nak guna SQL ada beberapa langkah.
1) Tahu menggunakan SQL
Dalam hal ini, aku rasa semua sudah baca paparan-paparan dalam forum ini. Ada SELECT, INSERT, UPDATE, dan DELETE.
2) Urus sesebuah modul
Setiap website, bagi aku, aku pilih untuk panggil aplikasi web, ada modul-modul nya. Sebagai contoh, kalau mereka bentuk aplikasi web terutamanya aplikasi web e-dagang sudah tentu ada modul untuk pengguna/pembeli. Di mana kita hendaklah menguruskan data-data pengguna/pembeli.
3) Rekabentuk Pangkalan Data (DATABASE)
Dengan adanya data-data tersebut, sudah tentu kita tidak mahu data yang bertindan (redundant). Oleh itu, pereka-pereka, system analisa hendaklah merekabentuk pangkalan data sebaik mungkin. Ini yang membezakan antara aplikasi-aplikasi web yang ada di muka bumi ini.
Bukannya hendak menghalang seseorang itu menuntut ilmu, tetapi jika ingin menuntut ilmu, tuntutlah ilmu sebaiknya untuk digunakan demi kebaikan manusia. Ini, ilmu tidak seberapa ada hati untuk mereka web dan lari dari tanggungjawabnya. Dan professional programmer dipanggil untuk menyiapkan kerja brader yang lari itu. Hendak buat baru harga mahal. Terpaksa menokok tambah hasil kerja yang tidak sampai separuh jalan.