BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar C++

eio

Freshie
Messages
25
Joined
Oct 16, 2013
Messages
25
Reaction score
3
Points
8
Assalamualaikum..

Berminat untuk belajar C++ secara percuma?
Saya nak kongsi set soalan asas C++ yang saya buat untuk train pelajar yang baru nak kenal dengan C++ programming.

Sila pergi ke:
http://www.hackerrank.com/cpp1
Pengguna mesti register dulu sebelum dapat menggunakan hackerrank.

Set soalan ni sesuai untuk pelajar sekolah atau pelajar universiti yang ambik subjek C++.

Jika ada cadangan boleh bagitahu saya.

Sila like facebook page FatihahEdu untuk sebarang update.

Terima kasih.

========================

Klik link kat bawah ni untuk penerangan lanjut:

1. Kenapa kita belajar programming?
2. Kenapa C++?

========================

Boleh download software CodeBlocks secara percuma untuk test program di komputer sendiri.
Masa nak download tu pilih Downloads > Binaries > mingw-setup
Pilihan tu dia datang dengan compiler C++ sekali.
 
Last edited:
nak promote web ka atau pembelajaran kat dalam forum ni ja?
 
nak promote web ka atau pembelajaran kat dalam forum ni ja?

belajar kat hackerrank.
lebih tumpu kepada latihan.
ada diselitkan sedikit nota dalam bahasa melayu.

attachment.php

attachment.php

attachment.php
 

Attachments

Last edited:
Ajar dari basic la kat sini TT..

InshaAllah.. kalau saya sempat saya akan guidekan.

Boleh je tanya apa2 yang musykil kat sini.. saya akan cuba jawab semampu yang boleh.
Kita buat macam perbincangan pun boleh.
Kalau ada yang tanya.. siapa2 yang ada dalam ni boleh je tolong jawabkan.
 
printf xder bro.. conio.h byk header tarak msk
 
printf xder bro.. conio.h byk header tarak msk

function printf tu dah ada dalam library cstdio

satu lagi bahagian penerangan tu saya hanya cover C++.
sebab tu dalam pilihan language tu saya hadkan kepada C++ dan buang language yang lain.
takut ada yang konfius bila banyak pilihan programming.

bro nak guna function apa dalam conio.h tu?
header conio.h tu bukan sebahagian daripada C Standard Library.
tak perlu guna function getch untuk pause screen sebab nak tengok output.
elakkan guna compiler lama macam borland turbo C++ dsb yang guna getch untuk pause screen.. boleh download compiler yang terbaru secara percuma.
saya guna CodeBlocks.. CodeBlocks akan pause screen secara automatik bila kita run program.
kalau tak suka CodeBlocks boleh guna Dev CPP.
 
Last edited:
c++ yg TT nak ajar, guna sopwere apa yer.. contoh visual basic
 
menarek .. dlu ade balaja..skg sudah lupe.. sbb exam sudah pass haha
 
c++ yg TT nak ajar, guna sopwere apa yer.. contoh visual basic

saya guna software CodeBlocks.. ada sebahagian orang lebih suka Dev CPP.
kalau malas install, guna online compiler pun boleh.. tapi internet kena laju la.
online compiler saya cadangkan repl.it atau ideone.com

menarek .. dlu ade balaja..skg sudah lupe.. sbb exam sudah pass haha

haa.. sama la.. bila nak kena train student, saya kena belajar balik C++ balik semula.
memang beza banyak C++ yang saya belajar tahun 1997 dengan C++ version sekarang ni :)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register