sedikit kisah di pagi ahad ini...
*********************************
Sebelum ini saya sering memberi pandangan, kalau nak berniaga melalui internet, tajamkan dahulu skill marketing dengan menjadikan perniagaan orang lain sebagai mangsanya. Cuba jual dulu, kalau tak laku tak mengapa, sebab kita tak risau simpan stok, taklah terjadi rumah kita jadi longgokkan barangan yang hebat tapi tak laku, jenuh anak beranak makan "alat penjimat petrol'. Sebab terlalu excited nak jadi pengedar alat penjimat petrol terhebat abad ini, ianya dalam bentuk pil, masukkan dalam tangki minyak, gerenti minyak jimat. keluar duit simpanan banyak2 beli setengah lori. Jual pagi petang siang malam, upah orang dua tiga ribu buat website, promote sana sini, pamplet dah copy nak masuk 200 rem, habis semua kereta kena letak lepas solat jumaat kat viper dia, kesudahnya tak laku, Barang nak expired dah, untuk elakkan barang tu expired, tiap2 hari rebus lah, makan anak beranak, mahai tu nak buang, kurang2 buat ulam, ada gak hasil.
Ada sorang tu habis duit simpanan dan duit isteri dikumpulkan buat modal nak menjadi agent alat kuat tenaga batin untuk kebahagian pasangan suami isteri. Apa lagi, satu bilik dikosongkan khas untuk produk terhebat dalam dunia ni. Teorinya sapa makan pil ni, tenaga batin naik secara mendadak, macam viagra gamaknya. Yakin repeat sales akan tinggi, yakin rakyat malaysia akan mengubah nama setiap hari akan dipanggil malam jumaat dan dia akan menjadi pengedar ubat kuat yang berjaya dan kuat serta mempunyai isteri ramai (gamaknya itu kut salah satu cara promosi yang baik). Bayangkan dekat rumahnya, setengah bilik penuh dengan produk tersebut, maaaaaak ai, kalau macam ni banyak maut isteri dia, kalau saya jadi isteri dia, lama dah saya lari dari rumah, tak sanggup tuuuuuuuuu. Tapi apa kesudahnya, duit dah banyak habis buat promosi kat merata tempat, dekat surat khabar metro, dekat radio, pamplet tak payah cerita, website dah upah orang jugak, kesudahnya, barang tak berapa nak laku, pakatla ramai2 makan ubat tu, sayang kalau nak buang, ubat mahal, mana nak jumpa pil sebiji RM150. Makan satu keluarga, nak telan sayang, ubat mahal, jadi semua pakat kemam je ubat tu, sampai le habis meresap kat lidah je. Esok kecoh satu keluarga pergi klinik, semua lidah pakat keras kelu............... ha ha ha
Orang dah cakap, kalau nak buat bisnes cari bisnes orang lain dulu, dapatkan komisyen dari jualan tersebut, tak laku tak mengapa, tak rugi langsung.
Kalau nak berniaga tak kira dalam internt ke atau offline,
CARI MARKET DULU BARU CARI PRODUCT, CARI PRODUCT DULU NAMANYA CARI PASAL,
nanti tak pasal2 satu keluarga keras lidah........ he he he