BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar buat website 100% FREE

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda terhadap pandangan saya mengenai kesilapan yang sering dilakukan oleh 99% pencari "pendapatan sampingan melalui internet" ini.

1. Mereka cuba mengembangkan perniagaan online menggunakan web replika orang lain. Ini ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikan kita tidak perlu buat website lagi, boleh terus gunakan dan promote sahaja. Kekurangannya, kita tidak mempunyai pengikut, tetapi owner kepada web tersebut akan mempunyai pengikut yang ramai.

2. Tidak menumpukan kepada marketing, sedangkan sepatutnya 10% membangunkan pengetahuan online marketing, 10% menumpukan kepada email kempen dan 80% adalah promosi landing page untuk meramaikan pengikut. Email kempen lah tempat untuk kita letak dan promotekan apa juga perniagaan online kita.

3. Terperangkap dengan program "money games". Tidak memilih pendapatan dari program keperluan, tetapi memilih dari program "kemahuan".

4. Membazir duit membeli ebook yang tidak mendatangkan faedah. Tidak dinafikan banyak juga ebook yang berguna, tetapi banyak yang tidak memberi faedah.

5. Tiada pengikut- Punca utama kegagalan seseorang. Hanya buat direct selling secara online sahaja.

6. Untung jangka pendek.Tidak suka memilih perniagaan jangka panjang. Untung yang datang sekali bila berjaya membuat sales, tetapi tiada keperluan untuk repeat sales. Ini sering berlaku dan suka atau tidak kena berkongsi dengan anda juga. Ramai orang tidak sedar mereka terperangkap didalam program yang berlandaskan "money games".
 
sedikit cerita di pagi sabtu...
menyesuaikan diri dgn perniagaan anda
____________________________________________________
Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang lompat sana sini dari satu perniagaan kesatu perniagaan yang lain. Sepanjang hayatnya dia mencari satu perniagaan yang sesuai dengannya. Saya beritahu dia walau beribu perniagaan yang dicarinya sepanjang hayat sekali pun,

"Anda tidak akan berjumpa satu pun perniagaan yagn sesuai dengan anda, tetapi anda sendiri yang perlu menyesuaikan diri dengan perniagaan tersebut"

Sebab dalam perniagaan apa sekali pun, insurance, vemma, uptrain, jual nasi lemak, jual baju batik, t-shirt, 4life, monavie, sebut sahaja, sudah tentu ada yang berjaya dalam perniagaan tersebut, siapa yang berjaya tu.... hanyalah orang2 yang dapat menyesuaikan diri dengan perniagaan itu.
__________________________________________________________________________
 
salam hari isnin utk warga CG

semuanya percuma ( belajar buat web & teknik2 online marketing )
hanya di http://lotusbridge.ws

terima kasih atas sokongan tuan2 selama ini..
 
salam semua...cerita di pg selasa...
---------------------------------------------------
Malam tadi sewaktu bermuhasabah diri tentang pembabitan saya didalam dunia internet, saya teringat pada salah satu pegangan yang saya jaga betul2 untuk dijadikan langkah keselamatan pada diri saya dan untuk sahabat2 yang lain.

Sering kali juga setiap kali ada kursus mengenai internet marketing, saya sering mengingatkan prinsip ini pada saya dan semua:

"Kalau belum tahu buat website dan teknik2 promosi diinternet ini, jangan berani2 nak join perniagaan internet yang bermodal besar, nanti menyesal tak sudah"

tetapi saya rasa, ini merupakan salah satu nasihat yang paling orang tak suka ikut. Saya tak tahu mengapa. Saya perhatikan masih ramai yang excited join perniagaan online atau MLM tertentu yang berisiko tinggi, nak join mula2 pun dah kena keluar duit banyak2, kadang2 sampai beribu ringgit, lepas tu kena maintain 400-500 setiap bulan, lepas tu promote pagi petang siang malam secara offline, selang empat lima bulan, mula termenung, mula fikir menyesal, mula fikir ia satu bebanan. Ingat2 join bisnez ni nak kurangkan bebanan kewangan, tetapi kesudahnya menambahkan beban le pulak. Orang rumah dah mula bising. Hasil tak nampak2 lagi, last2 stop macam tu aje, tak mau maintain lagi..... duit pun dah habis, upline pun entah kemana, kita pun dah malas nak contact dia.

Inilah kisah yang kita sering dengar, mungkin kita juga salah seorang daripada mereka, cuma malu nak cakap.....

Bila saya lihat keadaan macam ni berlaku, saya sering beri peringatan...

"Kalau belum tahu buat website dan teknik2 promosi diinternet ini, jangan berani2 nak join perniagaan internet yang bermodal besar, nanti menyesal tak sudah"

tujuan saya adalah untuk mengelakkan anda terjerumus kedalam kumpulan tersebut, tapi masih ramai juga yang main langgar curi2, dan sebahagiannya menyesal dalam diam.
 
salam semua..

sy meminta jasa baik rakan2 yg telahpun belajar membina website dan teknik2 online di web tutorial yg dah saya sediakan tu selepas mendaftar di http://lotusbridge.ws agar dapat berkongsi pengalaman dgn warga2 CG yg lain disini dan manafaat hasil drp pembelajaran percuma tuan tuan di situ..

terima kasih untuk sokongan tuan2 selama ini..
 
Salam,

Saya sekadar memberi pandagan, xde niat nak merendahkan usaha mana2 pihak.

Bagi saya dalam perniagaan nih, kita kena letak modal, sikit atau banyak bergantung kepada apa kita perlukan, kalo x letak modal nak buat semua sendiri, ada kemungkinan besar kita lambat maju, atau gagal terus. Tahun lepas saya pernah cuba buat website sendiri, belajar guna tutorial free, google kesana kemari, berkat usaha gigih, saya berjaya upkan web site tu. Ni websitenya www.loiwie.com.my. Semua saya wat sendiri, termasuklah logo dan buttonnya, x sempurna tapi boleh diupkan hehehe.. tapi malangnya lepas saya berhempas pulas, mengupkan website tuh, perniagaan nih dah sampai jalan mati, mungkinkah saya kurang focus utk bisnes tu sendiri atau saya dah salah pilih produk.

Walau apa sekali pun, apa saya belajar, daripada saya buang masa nak buat semua benda sendiri, lebih baik saya kluarkan sikit kos, utk outsourcekan tugasan tersebut. Even company besar pun wat camtu, contohnya Shell, diorg punya IT needs & infra semua outsource kepada HP Ent.

Sekarang saya dah involve ngan properties, syukur rezeki nampak cerah kat sini, selama 2 bulan lepas guna service sedia ada, seperti Carigold, Mudah etc, pastu ada terpikir nak wat webbie or blog sendiri, tapi takut, perkara lama ulang kembali, so sekarang tgh engage ngan satu webmaster, bayar je dia utk wat web utk saya.. kita kena tahu jugak selok belok webbie nih secara basic, jangan kasi sepenuhnya utk dia design, kalo x nanti nak update susah, nak renew domain susah, nak buat apa2 changes kena bayar dan sebagainya.. syukur dari pengalaman tahun lepas, saya ada pengetahuan sikit pasal basic webbie nih.

Kesimpulannya, mmg kena kuar duit kalo nak dapat lagi byk duit, :) jgn kedekut utk bisnes.. jgn carik yang free je.. :)cgrock

Tapi kalo tuan/puan perlukan pengetahuan membina website & nak buat sendiri, bayarlah sikit and pergi kursus seperti dianjurkan oleh TT, cepat sikit belajar tu, xde la terkial2 & kalo x paham terus leh tanya org yang tau..

Selamat beramal..
 
salam semua...cerita di pg selasa...
---------------------------------------------------
Malam tadi sewaktu bermuhasabah diri tentang pembabitan saya didalam dunia internet, saya teringat pada salah satu pegangan yang saya jaga betul2 untuk dijadikan langkah keselamatan pada diri saya dan untuk sahabat2 yang lain.

Sering kali juga setiap kali ada kursus mengenai internet marketing, saya sering mengingatkan prinsip ini pada saya dan semua:

"Kalau belum tahu buat website dan teknik2 promosi diinternet ini, jangan berani2 nak join perniagaan internet yang bermodal besar, nanti menyesal tak sudah"

tetapi saya rasa, ini merupakan salah satu nasihat yang paling orang tak suka ikut. Saya tak tahu mengapa. Saya perhatikan masih ramai yang excited join perniagaan online atau MLM tertentu yang berisiko tinggi, nak join mula2 pun dah kena keluar duit banyak2, kadang2 sampai beribu ringgit, lepas tu kena maintain 400-500 setiap bulan, lepas tu promote pagi petang siang malam secara offline, selang empat lima bulan, mula termenung, mula fikir menyesal, mula fikir ia satu bebanan. Ingat2 join bisnez ni nak kurangkan bebanan kewangan, tetapi kesudahnya menambahkan beban le pulak. Orang rumah dah mula bising. Hasil tak nampak2 lagi, last2 stop macam tu aje, tak mau maintain lagi..... duit pun dah habis, upline pun entah kemana, kita pun dah malas nak contact dia.

Inilah kisah yang kita sering dengar, mungkin kita juga salah seorang daripada mereka, cuma malu nak cakap.....

Bila saya lihat keadaan macam ni berlaku, saya sering beri peringatan...

"Kalau belum tahu buat website dan teknik2 promosi diinternet ini, jangan berani2 nak join perniagaan internet yang bermodal besar, nanti menyesal tak sudah"

tujuan saya adalah untuk mengelakkan anda terjerumus kedalam kumpulan tersebut, tapi masih ramai juga yang main langgar curi2, dan sebahagiannya menyesal dalam diam.

Heheh betul kata tuan, bagi saya kesilapan tuh biasa lah.. kalo nak ikutkan, dah dekat 20K saya lesap camtu jer.. ada yang tgh bayar lagi, sebab buat loan.. apa yang penting ialah pengalamannya dan apa yang kita leh belajar dari sana..
 
Back
Top
Log in Register