salam semua warga CG
saya nk kongsikan satu cerita menarik dr rakan saya..selamat membaca
---------------------------------
Ada seorang sahabat saya, seorang doktor di selangor ini, dia datang bersembang dengan saya pada tahun lepas, katanya perniagaan kliniknya agak mendatar, pendapatan bulanan dah sampai tahap tepu. Dan tak mungkin naik atau turun lagi dengan banyak lagi. Kalau untuk $xx bulan ini, maka bulan depan pun tak banyak beza, kecuali jika musim demam melanda, baru lah adapeningkatan. Jadi dia bertanya saya samada dengan pengetahun IT yang saya ada, boleh membantu meningkatkan peniagaannya atautidak.
Saya kata boleh cuba, jadi tak tau lagi.
Pertama: Jangan memikirkan pasal duit, terutama dalam bidang perubatan yang lebih beretikakan membantu orang yang sakit.
Sebab duit ini mempunyai hukumnya sendiri. Kalau kita kejar duit, duit lari bersepah, kalau kita membuat perkara yang baik-baik dan tak mengejar duit, duit akan datang bersusun susun.
Percaya tak percaya, percayalah sebab saya dah tengok dengan kepala dan mata saya sendiri.
Kedua: Buatlah baik dan sukalah menderma, samada harta, atau nasihat, atau ilmu pengetahuan, atau menderma bantuan, menderma idea, menderma masa kita, menderma makanan, mana2 yang kita mampu, mendermalah mana yang baik dan diberikan olehNya tanpa MENGHARAPKAN BALASAN WALAU SESEN PUN. Sifat ini paling disukai oleh "duit". Duit suka berkawan dengan orang yang macam ni.
Tak percaya buat, kalau buat sohih duit datang bersusun-susun, tapi kalau kita buat duit masih tak datang, maknanya kita masih buat perkara tersebut tidak ikhlas kepada Tuhan.
Kalau boleh ikut dua perkara tersebut, saya kata pada doktor tersebut saya akan cuba beri cadangan mana2 yang saya tahu. Semoga ianya memberi manfaat kepada dia dan perniagaannya.
Dia kata boleh, saya kata tak cukup, saya nak dia janji akan buat, dan dia pun berjanji akan buat apa pun yang saya kata.
Maka keesokkan harinya saya daftarkan webhosting dan autoresponder untuk kliniknya. Saya set upkan landing page dan set upkan autoresponder tentang perubatan.
Tahun 2009 May, dia mulakan sistem tambahan baru di kliniknya. Di atas mejanya ada sebuah komputer. Setiap kali ada pelanggan masuk ke kliniknya, selepas memereksa dan memberikan preskription ubat yang perlu, di pun bercerita dan menasihatnya pesakit dengan nasihat2 yang baik, dan selepas itu dia menawarkan jika ingin mendapatkan nasihat berterusan dan pandangan tentang kesihatan, dia akan beri percuma melalui email. Jika pesakit tersebut mempunyai email dia terus suruh pesakit tersebut subscribe ke dalam autoresponder yang memang tersedia didalam kumputernya.
Setiap minggu dia akan menghantar artiker kesihatan melalui email kempen terus kepada subscribernya. Pada 24 jan 2010 dia menalipon saya dan ingin memberi sedikit sumbangan kepada saya, saya ingat sikit tetapi dia masukkan RM10,000 didalam akaun saya kerana perniagaannya meningkat, sekarang dia terpaksa mengupah 3 orang doktor untuk buat part time di kliniknya, masyarakat setempat amat mengenalinya kerana mereka sering berhubung melalui email dan yang paling saya terkejut dia sudah mempunyai 14,000 orang subscribers.
Dia kata memang sebuk sikit, sebab kadang2 malam pun mereka telefon dia kerana nak mintak nasihat, tapi dia tak kesah kerana rasa seronok ilmu pengetahuan yang dia ada memberi manfaat pada ramai orang.
Wow, what a great story from one great doktor. Saya kata tak payahlah masukkan RM10,000 tu, saya tak mintak pun masa bagi pandangan dulu, dia kata, tak mengapa, itu dah memang hajat yang dia kena laksanankan, saya kata, lain kali kalau nak berhajat tu, banyak le sikit RM100,000 ke, baru banyak nasihat saya bagi, dia hanya tergelak besar.... tapi duit dah tranfer,
saya pun tersenyum.... memang itu perangai duit.
______________________
sekian