BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas TNC Unisel didakwa menipu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KLANG – Selepas ditahan Jumaat lalu, bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Profesor Dr. Rustam Abbas dituduh di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menggunakan surat penyambungan kontrak perkhidmatan atau pinjaman sebagai Timbalan Naib Canselor Unisel yang palsu dua tahun lepas.

Bagaimanapun, Rustam, 51, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.


Rustam didakwa dengan curang telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat bertarikh 28 Disember 2006 bertajuk: “Penyambungan Kontrak Perkhidmatan/Pinjaman Sebagai Timbalan Naib Canselor, Universiti Industri Selangor” yang dia mengetahui dokumen tersebut adalah palsu.

Rustam yang kini pensyarah dalam bidang sains politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Sumber Manusia Unisel, Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 12 Julai 2007.

Rustam yang ditangkap pada Jumaat lepas didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nazrul Nizam Mohd. Zameri mencadangkan agar Rustam dibebaskan dengan ikat jamin RM7,500.

Peguam M.K. Thas yang mewakili Rustam bagaimanapun berkata, jumlah yang dicadangkan terlalu tinggi kerana anak guamnya kini seorang pensyarah dengan pendapatan RM5,000 sebulan.
 
huhuh mesti kena gelak kawan2 aku dari unisel ni
 
Belajar tinggi2....tapi..B***h bertingkat2....
 
Belajar tinggi2....tapi..B***h bertingkat2....

uish ko ni....benda tak tau lagi..jgn nak menilai org...benda ni patutnye dah tahu dari awal masa dia kerja kat unisel...kenape sekarang baru timbul...mana tahu ada musuh dlm selimut ke yg nak kenakan dia...manusia...biasalah!!...tapi kalau salah...mmg patut dihukum...tunggu dibicara dulu..lepas tu menilai..baru betul...selalunye ada org ketiga yg buat benda ni..biasalah hati manusia sape tahu..
 
kalau betul bekas TNC ini didapati bersalah, amat malang pelajar Unisel mendapat seorang TNC kaki penipu. abis rosak pelajar-pelajar kat situ.
 
mkin pndai manusia,mkin bnyk onar yg d buat..dunia o dunia
 
Back
Top
Log in Register