afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Bekas naib presiden STAR sertai Gagasan Rakyat
Kapsyen: Abidin Madingkir pertama kali dipilih sebagai Adun Paginatan pada 2018 atas tiket UPKO dan dipilih semula pada 2020 menerusi tiket STAR.(Gambar Facebook)
Beliau yang juga bekas Adun Paginatan itu bersama 30 lagi bekas ahli STAR menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Masidi Manjun, di Kota Kinabalu semalam.
Turut mengemukakan permohonan menyertai parti pimpinan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor itu ialah bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu Nordin Siman, menurut Berita Harian.
Abidin mendakwa lebih 3,000 penyokong STAR di Paginatan dijangka mengikut jejak langkahnya menyertai Gagasan Rakyat, yang menurutnya mengutamakan kepentingan Sabah dan rakyat negeri itu.
Abidin adalah antara lima pemimpin kanan STAR yang mengambil keputusan bertentangan dengan Presiden parti Jeffrey Kitingan, sebelum bertindak keluar daripada STAR selepas parti itu memutuskan meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah negeri.
Beliau adalah Adun Paginatan selama dua penggal, pertama kali dipilih pada 2018 atas tiket Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebelum mempertahankan kerusi itu pada 2020 mewakili STAR.
Pada PRN Sabah tahun lalu, beliau bertanding di bawah panji Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun tewas kepada calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Rusdin Riman, dengan majoriti 736 undi dalam pertandingan 10 penjuru.