BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas exco Johor Mazlan Bujang antara 11 calon PAS

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Bekas exco Johor Mazlan Bujang antara 11 calon PAS​

700e2dc1-mazlan-bujang-bernama-250626-2.jpg

Mazlan Bujang yang pernah anggotai Bersatu dicalonkan PN di DUN Kahang. (Gambar Bernama)

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan Mazlan dicalonkan di DUN Kahang yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN).

Mazlan sebelum ini pernah menjadi Adun Puteri Wangsa.

Bagaimanapun, PAS menggugurkan penyandang DUN Maharani Abdul Aziz Talib yang digantikan dengan Mohamad Anuar Hayan.

PAS juga meletakkan calon di kerusi dikuasai DAP iaitu Jementah dengan mempertaruhkan Saifullah Abd Wahab.

Ng Kor Sim menang kerusi itu dengan majoriti 710 undi pada PRN 2022.

Calon lain adalah Normala Sudirman (Tenang), Arshed Yahya (Simpang Jeram), Muhammad Amin Sailan (Sungai Balang) dan Halim Kepol (Semerah).

Ahmad Rosdi Bahari (Sri Medan), Hasnul Hakimi Hussien (Endau), Yuhanita Yunan (Pasir Raja) dan Khirul Muntanazar Ismail (Tiram).

Samsuri berkata pemilihan calon PAS itu dibuat selepas meneliti rekod keberadaan dan sumbangan kepada masyarakat di Johor.

“Semoga kita akan mendapat keputusan baik di pilihan raya negeri ini,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register