kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,070
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,070
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Allahyarham Che Li, 57, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang selepas lama berjuang melawan jangkitan kuman pada otak.
Bekas editor URTV, Rosli Manah meninggal dunia PETALING JAYA – Dunia kewartawanan hiburan kehilangan seorang lagi bekas wartawan terkenal Kumpulan Utusan, Mohd. Rosli Manah atau lebih mesra dipanggil Che Li, yang meninggal dunia pada pukul 12.59 tengah hari tadi.
Allahyarham Che Li, 57, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang selepas berjuang melawan jangkitan kuman pada otak sejak beberapa minggu lalu.
Sebelum ini, isterinya, Asma Ghani, 51, berkata, tahap kesihatan suaminya semakin merosot sejak kebelakangan ini akibat diabetes dan seterusnya melarat sehingga mengalami jangkitan kuman pada otak.
Tambah Asma, doktor telah melakukan dua kali pembedahan bagi mengambil sampel air tulang belakang bagi mengenal pasti punca jangkitan itu.
Selepas meninggalkan Utusan Karya Sdn. Bhd. melalui skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS), Rosli mencari rezeki dengan menjual nasi berlauk serta menjadi pemandu e-hailing.
Namun, keadaan kesihatan yang semakin lemah membuatkannya tidak lagi mampu bekerja seperti biasa.
Sepanjang berkhidmat di Utusan Malaysia, Allahyarham pernah menjadi wartawan mahkamah dan hiburan sebelum dilantik sebagai Editor URTV serta Editor Mangga di bawah Utusan Karya Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menziarahi arwah di hospital sambil mengenang jasa Che Li yang banyak menyokong kerjaya anaknya, Dafi, ketika penyanyi itu menyertai Akademi Fantasia musim kelima pada 2007. – KOSMO! ONLINE.
==============================
Alaa sedihnye kehilangan Che Li. Teringat masa dia tulis pasal artis suka2 buat hal. Ironi gak bila sekarang Dafi pun sibuk promote business nanti. Dunia hiburan memang susah nak duga la.
Bekas editor URTV, Rosli Manah meninggal dunia
Dunia kewartawanan hiburan kehilangan seorang lagi bekas wartawan terkenal Kumpulan Utusan, Mohd. Rosli Manah atau lebih mesra dipanggil Che Li, yang meninggal dunia pada pukul 12.59 tengah hari tadi.
www.kosmo.com.my