Ustaz Nasharuddin berdepan Awang Adek di Bachok
KOTA BHARU, 22 Feb (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa disahkan bertanding bagi menentang Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin di parlimen Bachok pada pilihan raya umum ini.
Selain itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli juga bertanding di Kelantan iaitu di Parlimen Kuala Krai. Manakala Salahuddin Ayub kekal di kerusi Parlimen Kubang Kerian yang dimenangi pada penggal lalu.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan PAS bertanding di 10 kerusi Parlimen, tiga diperuntukan kepada KeADIlan dan seorang calon Bebas yang bertanding di atas tiket PAS.
“Di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) PAS bertanding di 40 kerusi, dan KeADilan lima kerusi,” katanya pada persidangan media mengumumkan nama-nama calon PAS bagi pilihan raya umum ke-12 di JKR 10 hari ini.
Beliau juga berkata, lima Adun tidak bertanding iaitu Datuk Mohamad Daud di Dun Demit, Datuk Hassan Muhamad (Temangan), Haji Zakaria Yaakub (Kemuning), Haji Mohd Shukri Abdul Rahman (Kadok) dan Haji Buni Amin Hamzah (Salor).
Ahli Parlimen Pasir Mas sesi lalu, Ustaz Ismail Noh juga tidak bertanding. Seorang ahli parlimen berpindah ke Dun iaitu Haji Abdul Fatah Harun dari Parlimen Rantau Panjang ke Dun Bukit Tuku.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar berkata, PAS Kelantan mengetengahkan 17 muka baru bertanding di kerusi Dun dan tujuh calon baru bagi peringkat parlimen.
TAKBIR!!!!