eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Sekarang sudah bulan Rejab.
Kemudian diikuti oleh Syaban dan Ramadhan. Pada bulan Rejab inilah peluang untuk umat Islam meningkatkan momentum ibadah. Seterusnya momentun ini akan lebih bertambah di bulan Syaban, Ramadhan, Syawal dan kemuncaknya pada bulan Zulhijjah. Iaitu bagi mereka yang mengerjakan haji. Rebutlah peluang untuk melakukan ibadah seperti berpuasa di bulan Rejab. Banyak fadhilat bagi umat Islam yang berpuasa. Berpuasa dengan sebenar-benarnya, iaitu berpuasa seluruh anggota badan. Janganlah hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Antara amalan sunat lain pada bulan Rejab ialah berbekam. Nabi Muhammad S.A.W berbekam pada bulan Rejab. Tentu ada sebab tertentu Nabi hanya berbekam pada bulan Rejab. Saya pun tahu mengapa. InsyaAllah saya akan cuba mencari dan mengkaji melalui pembacaan dan mungkin bertanya kepada yang lebih tahu sebab kenapa Nabi berbuat demikian. Apakah kelebihan bulan Rejab ini.
Cuba berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana barangsiapa yang berpegang dengan Al-Quran dan Al-Hadis maka dia tidak akan sesat selama-lamanya. Itu khutbah terakhir Nabi.
Berbekam adalah Sunnah Nabi. Jika sesuatu yang dilakukan oleh Nabi sudah pasti mempunyai kebaikannya. Banyak sekali kebaikannya. Antara faedah berbekam yang saya dapat ialah :
1. Membuang keracunan toksid dalam badan yang menyebabkan mudah menapat penyakit
2. Melegakan stress, tubuh lebih selesa dan ringan
3. Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
4. Memulihkan sistem badan berfungsi dengan baik
5. Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
6. Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
7. Merawat pelbagai penyakit.

Last edited: