BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekalan Daging Dan Ayam Dijamin Cukup

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan daging lembu, kambing, bebiri, ayam dan telur ayam bagi bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini, mencukupi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata bekalan daging lembu dan kerbau dianggarkan meningkat 27 peratus dalam tempoh ini berbanding bulan sebelumnya.

Beliau berkata bekalan daging itu meningkat kepada 21,942 tan metrik dalam tempoh berkenaan berbanding 16,348 tan metrik dalam tempoh bulan sebelumnya, dengan 16,676 tan metrik adalah daging import.

"Bagi kambing dan bebiri pula, bekalan meningkat 10 peratus iaitu 2,361 tan metrik berbanding dengan 2,147 tan metrik pada bulan biasa, manakala bekalan daging ayam pula dijangka bertambah sebanyak 1.65 peratus pada musim perayaan berbanding minggu biasa," katanya dalam persidangan akhbar pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di sini Selasa.

Katanya sebagai persediaan dan langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan kurang bekalan ayam, pihaknya turut memberi kelulusan kepada 29 syarikat untuk mengimport 2,650 tan metrik ayam bulat.

Selain itu Noh berkata Persatuan Penternak Ayam juga sudah bersiap sedia untuk membantu menyediakan bekalan daging ayam sekiranya diperlukan nanti.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=439031
 
yey..leh makan ayam raya ni..ayam penyet
 
Back
Top
Log in Register