BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Beberapa Peranti Samsung Kini Sertai Program Android Enterprise

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Android Enterprise Recommended adalah program daripada Google untuk peranti-peranti Android yang sesuai digunakan untuk perusahaan. Ia menawarkan sekuriti, privasi dan penyelia untuk menyelia peranti-peranti para pekerja. Selama ini, peranti Samsung belum pernah disenaraikan kerana Samsung menggunakan perkhidmatan mereka sendiri – Knox.

Terkini, Samsung dan Google telah bekerjasama dan beberapa peranti Samsung Galaxy kini disenaraikan dalam Android Enterprise Recommended. Pengguna diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan dari Samsung atau Google. Buat masa ini, hanya peranti terpilih Samsung sahaja yang menyokong perkhidmatan ini. Antaranya adalah peranti Android 11 seperti S20, Note20, Tab S7|S7+ dan peranti-peranti tahan lasak seperti XCover Pro sahaja.

Screenshot-3160.jpg


Sumber asal https://news.samsung.com/global/sam...s-join-android-enterprise-recommended-program
 
Back
Top
Log in Register