strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Johor Bahru: Kenaikan kadar tol baru di pintu masuk dan keluar Singapura yang berkuat kuasa 1 Oktober ini, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan penduduk bandar raya ini khasnya mereka yang bekerja di republik berkenaan.
Malah, kebanyakan daripada mereka memohon kerajaan mengambil inisiatif menangani kesan jangka panjang yang bakal dihadapi sejurus kadar baru itu dikuatkuasakan.
Muhammad Hakim Abdullah, 29, yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat di Singapura berkata, kadar baru itu agak tinggi dan tidak munasabah kerana jumlah kenaikan meningkat hingga lebih dua kali ganda.
Katanya, perkara itu jelas membebankan dirinya dan rakyat negara ini yang bekerja dan kerap berulang- alik ke republik berkenaan.
“Walaupun menggunakan pengangkutan awam untuk memasuki Singapura, saya kurang setuju dengan kenaikan kadar tol yang agak keterlaluan itu kerana ia menyebabkan tambang bas atau teksi turut dinaikkan.
“Bagi saya, ia perlu dikaji semula kerana nilai mata wang republik itu yang tinggi membebankan rakyat negara ini khasnya kami yang berulang alik menaiki kenderaan sendiri,” katanya.
Pekerja swasta Yunus Hassan, 31, dari Kulaijaya berkata, kenaikan itu menyebabkan rakyat Malaysia yang tidak bekerja di republik itu berfikir panjang sebelum memasuki republik berkenaan.
“Sebelum ini, saya dan isteri agak kerap membawa anak-anak ke Singapura untuk membeli-belah dan bersiar-siar kerana kami menaiki kenderaan sendiri.
“Bagaimanapun, sebaik kadar tol dinaikkan bermula 1 Oktober ini, kami mungkin hanya akan ke negara itu menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
Pengerusi Terminal Teksi Johor Bahru-Singapura Muhammad Najib Abd Rahman berkata, pihaknya berharap kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan segera kadar tambang baru supaya kenaikan tol di pintu masuk Singapura tidak menambah beban pemandu teksi yang berulang-alik memasuki republik berkenaan.
“Kadar tol yang bakal dikuatkuasa itu agak keterlaluan dan ia akan menyebabkan pemandu teksi membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk masuk dan keluar dari Singapura.
“Nilai itu tidak munasabah dan membebankan mereka yang kerap berulang-alik ke Singapura kerana ia tidak termasuk kos petrol.
“Berikutan itu, saya memohon kerajaan mengambil tindakan segera supaya rakyat tidak terus dibebani masalah berkenaan,” katanya.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan Pihak Berkuatkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura kelmarin, kadar tol bagi kereta akan dinaikkan daripada RM3.03 kepada RM9.62 manakala bagi van dan kenderaan muatan barangan ringan akan dinaikkan daripada RM4.81 kepada RM14.69.
Kadar tol bagi teksi dan bas pula masing-masing akan meningkat daripada RM1.52 dan RM2.53 kepada RM4.81 dan RM7.85.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bebankanpekerja/Article/index_html